4.11.10

Bah lagi!

Salam.

Study week sekarang dan aku masih di kolej. Perkiraan mahu balik Ahad ini setelah tamat tempoh study week dan dihalau oleh pihak kolej jika stay secara haram. Lagipun nanti ada kerja-kerja pengecatan, pftt. Aku ada 2 esei sejarah lagi tak berbayar kepada Prof Dollah dan Dr Zul. Macam malas nak buat saja bila dah masuk waktu-waktu macam ni. Bajet nak ke library tapi asyik kalah dengan penangan malas tido. Bangun2 dah pukul 2 petang, pfttt. Nanti settle la sebab benda tu wajib 30% untuk kursus.



Ya, Kedah dilanda banjir lagi terutamanya daerah Kubang Pasu lumpuh macam tahun 2005 dulu dan tengok keadaan lebih teruk dari yang dulu. Klik sini untuk tengok video banjir yang berlaku. Rumah aku setakat semalam mak cakap dah paras lutut. Rumah jiran dekat depan yang rendah macam biasa lagi teruk dah paras dada dan leher. Gila betul. Harap cepat la surut banjir ni. Bila banjir semua susah. Bekalan makanan, elektrik, air bersih dan jalan perhubungan semua terputus. Lepas surut nanti jadi satu kerja pulak nak cuci rumah dari selut. Aku tak dapat bayangkanlah rumah perumahan yang tenggelam sampai bumbung, habis rosak benda dalam rumah tak dapat diselamatkan. Kadangkala rasa cam nyesal plak tak balik awal hari tu tolong family bila tiba masa susah macam ni. Tak apalah, balik nanti tolong cuci rumah dan apa yang patut sajalah. Hmmm, semua ini dugaan dari-Nya.

Hai kawan yang berlainan jantina. Kalau anda serah maruah diri tu tak bermakna lelaki tu akan jadi milik anda selamanya. Jangan senang sangat gadai diri tu sebab lelaki bukan seperti yang anda fikirkan. Fikir banyak-banyak dululah before nak buat benda tu sebab nanti sesal di kemudian hari dah tak berguna. Tuhan bagi akal ok untuk fikir. Kata dah besar panjang.

Sekian.


2 comments:

Anonymous said...

ayat ending kau tu aku nak tanya. kepada sape kau tujukan?

MKI said...

ada la. shhhh.