29.10.10

Review?


Apa khabar? Sekarang sudah habis minngu kuliah, selamat datang minggu ulangkaji. Sepanjang 14 minggu yang berlalu macam-macam benda yang berlaku. Ada kelas sengaja aku ponteng, ada kelas memang betul-betul aku terlepas pergi. Pernah jugak aku fikir habislah kena bar dari ambil exam bulan depan. seperti khamis lepas aku terbangun lewat untuk ppresentation ko-k usahawan. Dalam hati dah berkata repeat jugak ko-k aku sem depan. Tapi aku rasa lepas kot sebab Encik Latiff sangat cool saja aku tengok. Semester 5 ini juga aku tak sempat berkunjung ke gerai APK dan ke DTC untuk tengok persembahan Ko-K. Time-time macam ni la nak ada kelas dan presentation turn aku, kecewa kot. Oh ya, petang tadi aku submit 3 esaimen terus, 2 untuk asia imur dan 1 untuk sejarah. Semua tu keja last minit. Dalam masa dua hari baru gerak nak buat, macam paper Isu Keselamatan pukul 4 pagi semalam baru start menaip esei dan petang tadi terus hantar. Aku macam dah tak minat nak karang panjang2 untuk paper minor dan untuk tadi pun tak termasuk lampiran 8 helai saja (times x 12 x 1.5). Habis jugak la aku dengan si senpai Iqbal nanti sebab hasil kerja macam paper Masyarakat AsiaTimur 10, 11 helai saja. Sorry, aku harap aku tak dapat C, dan sangat tak harap la nak dapat A- ke atas. Oh ya, aku ada lagi 2 esaimen milik prof Dollah dan Dr Zul perlu bayar dan harap study week nanti dapat settle la. Dah memang biasa pun buat kerja last minit.

Tentang presentation aku sem ini. Rata-rata aku sangat kecewa dan tak bangga sangat. Sedih kot dah masuk final year pun tak perfect-perfect lagi. Bagi paper Prof Dollah - Biografi aku rasa ok ja kot sebab dah kenal sangat cara prof handle, tak tanya pun pasal topik. Tapi aku tak puas sebab presentation aku macam tak menjawab soalan, tak berhujah kata prof. Hmmm. Bagi paper Dr Ho- Darurat memang aku suka sebab handout panjang sangat kot sampai tak ada apa soalan sangat Dr. Ho tanya. Handout tu pun aku plagiat sikit dari yang Liyana punya. Haha. Seterusnya paper Eropah Dr Zul,, sangat best tutorial dia handle. Handout sehelai ja dia suruh buat, memang layan gila arr. Tapi time aku present soalan tentang WW1 berpasangan dengan Wawa aku sangat kecewa dengan prestasi aku. Tiba-tiba boleh gelabah, gagapla dan senang cakap part aku memang suck la. Aku tengok Wawa rileks ja. Terima kasih banyak2 aku ucapkan kat Wawa sebab dia banyak tolong aku, thanks kawan. Ok jom ke bahagian minor plak. Bagi paper sensei Zack-Industri Jepun sangat very suck kot perfomance aku, baca ja slide kat depan tu. Then lepas tu ada sesi Q & A aku tak dapat jawab soalan dan tiba2 boleh emo plak. Aku pun tak tau pasaipa aku take paper ni, sebab nak habiskan minor ja. Setakat ni aku pun tak faham apa lagi yang aku dapat dalam kelas tu. Salin note?, hahaha. tak kot. Last sekali paper Security Dr Nas punya aku kena present tajuk TMD. Slide aku copy yang kelas before ni ja dan time present macam ok. Iqbal kalau komen macam biasa la and aku harap dia iklas dan tak buyers. Hmmmm.. semua benda dah lepas kot.

Hoi, esok final piala Malaysia. Nasib Kedah sampai semi saja terkandas dengan Kelantan. Sungguh suka la mereka yang berbaju merah tu. Aku respect penyokong merah tu sebab mereka semua bersemangat tapi segelintir sahaja umat tu yang kadang-kadang menyampah. Bola saja kot. tak payah nak emosi-emosi sangat. Jangan sebab nila setitik rosak habis susu sebelanga, ada akal boleh pikiaq kot! So, abe-abe sekalian dah ada tiket prestij final? HAHAHA, ambik kau sekali tiket naik harga. Go MORE Kelate go MORE !!! Jangan pisang berbuah dua kali sudah. Kalau berbuah jugak, memang sedap aku makan sambil mulut tersenyum lebar sinisan. Fair PLAY!!!


Sekian. Dah panjang dah kot entry ni.


1 comment:

Anonymous said...

panjangnya entry kau bob. letih aku. HAHAHA