20091110
Lulus sudahla.
Jawab paper Teori macam sial. Patutlah awal sem dulu dia warning kata susah dapat A, banyak yang kantoi. Adoila, takut kena repeat. Jawab pun tak ikut kehendak soalan.
Jawab exam dalam hujan lebat tadi, layan.
Laptop ini penternak virus. Jangan cuck pendrive sebarangan.
20091108
Saya penyokong HIJAU KUNING.
N.SEMBILAN 3 - 1 KELANTAN
Scoreboard muktamad. Adat bola, ada kalah, ada menang. Kadang2 tak perlu emo sangat pasal bola ni. Boleh control kot. Apakes sampai harta awam jadi mangsa? Lepas habis game tadi macam2 komen terpampang dekat MukaBuku, kutuk sana, perli sana, rilek saja sudah la. Jangan terlampau emo sangat. Kita Malaysian what. Tak perlu semangat kenegerian tebal sangat. Cool sudah~
Malam tadi mak call. Selalunya tanya pasal study, solat tinggal tak, duit poket ada lagi tak. Tadi lain sikit. Ada something berlaku kat rumah. Jangan pikir sangat pasal benda tu pesan mak, fokus exam. Adoila, aku harap budak tu tak buat hal la. Jangan menyusahkan orang lain. Aku sayang kau MOHD ADLI AKMAL.
Malam esok tengok BIRU lawan MERAH pula.
20091105
Aras DUA exam Hall.
Lihat kiri, kanan dan depan. Laju mereka menulis. Aku tersekat-sekat. Habisla, rosak. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Hope yang lagi 4 nanti tak jadi macam petang tadi.
Mood after 5 p.m, kecewa! Selamat tinggal A dan B~
20091102
20091031
Tak elok makan Maggi bila nak exam.
Manusia banyak ragam. Ada yang ok, ada yang tak bab share ilmu. Kedekut sangat tu pon ada. Nak dekat exam ni dah penat aku minta soalan esei. Ada yang bagi, ada yang senyap saja buat bodoh. Satu saja nak ucap, THANK YOU la.
20091027
20091026
Kawan aku rajin study tak macam aku.

Tadi tengok MU kalah dengan Liverpool. Glory la sangat katanya~
Ok, dah lepas BBQ hari tu. Between Diploria dengan SUTERA ayam memang lain rasa. Bagi aku SUTERA punya malam tu lebih santai compare dengan Diploria. Abaikan pandangan ni. Yeah, DIPO-DIPO.!!!
Halo kawan, kalau dah minat dekat someone tu pergi la mintak sendiri no fon. Tak kan nak mintak dari orang lain. Tak gentle la wei. Usaha la sikit bai.
* TAK SABAR nak masuk exam, nak beli pen baru banyak2!!
20091023
Sem depan azam tak mahu ponteng kuliah dah!
Ok. Malam tadi ponteng solat hajat, Syaitan tak?
Oh yes, masih berbaki 3 esei yang belum submit. Masa terluang dulu tak pandai nak buat slow2, now sudah jadi biol. Plagiat sudah!
Fuhh, penat sungguh mendaki mencari makan di kafe fac sains. Teruja seketika melihat toilet seperti R&R di sana.
My roomate sedang teruja minum air coklat versi tambah berat badan. Tiap-tiap malam asyik bermain dengan besi pemberat, hebat wo.
Tengah risau takut kena bar ke tak paper Dollah. Menyesal pulak selalu ponteng kelas tak bertanda.
Hujung minggu ini 2x BBQ. Lepas tu muntah ayam la jawabnya. Hoorey!
Akustik & Indie, mana best. Haish, teringat lagu Kembali Pulang la plak~
* Motivasi kedai kak yah : Jangan terlalu humble & pendam problem.
20091019
Tadi dapat Maggi free.
Minggu ini minggu 14. Oh ya, start study week sudah keesokan minggunya. Dan aku masih tidak boleh fokus nak membuat kerja. Susah sangat nak menaip di WORD compare dengan MUKA BUKU. Sedih kot.
Aku nazak gila berkenaan wang ringgit. Nak beli sabun mandi yang habis pon tak ada duit. Gila, sedih sial. Kelaparan gila malam tadi nasib baik di tawarkan Maggi free dari penghuni block C. Thank you ya.
Hey gadis, cute jugak kau ni aku tengok. Patutla ramai yang admire.
* Oovoo?. Haish macam-macam.
20091016
Sakit!
Persoalan, sakit tak? Tuhan saja yang tahu.
Kronologi hidup yang perlu di teruskan manusia.
Kena hadapinya. Mungkin dugaan.
Tak guna merungut. Mereka tak bisa menolong.
Nasib badan.
Plastik dan laluinya sahaja.
Syukur.
Kerana diri masih sempurna anggota badan.
20091015
Menaip esaimen sungguh tak BEST
20091013
Statik
Tengok saja. Senyum saja. Dengar saja. Simpan saja.
Statik saja di tapak ini.
Usah melangkah lebih-lebih.
* I tak minatla nak wiki-wiki.
20091010
Rawak.
Kalau boleh aku nak tulis sajak.
Nak diskripsikan apa aku rasa.
Tentang apa yang aku lihat, apa yang aku simpan.
Tapi aku tak pandai.
Kadang suka, kadang moody.
Sorry, aku tak pandai eksposikan diri.
Tak rasa pon diri funny,
Maybe clumsy..maybe.
Tiap malam selalu dongak atas.
Pandang jauh ke sana, renung masa depan.
Bintang tu bersinar di sebalik malam.
Rasa nak pinjam je roket
Terbang ke atas nak gapai, nak bawa turun ke bawah,
Tapi tak terdaya.
Tipula la tak kecewa, tak hampa.
Janji ia bersinar.
Bersinar terangi sang kegelapan dunia.
Terangi semua di bawah, biar saja sang pungguk rindukan bulan.
Biar saja, jangan di halang.
Dalam kolam nampak itik.
Hodohnya itik tak sama dengan kawanan angsa,
Kesian tak dekat itik?
Nak cuba terbang tapi tak terdaya.
Masakan enggang sama pipit bisa terbang seiringan.
Realiti bukan fantasi.
Sekadar omongan.
RAWAK satu kehidupan.
Syukur kepada Tuhan nyawa masih panjang.
Amin..
Dah ternyata.
Kedua, untuk kesayanganku ASPIRE 4730Z (9/10). Dah genap setahun kita bermadu kasih duka lara. Kaulah pencetus masa depanku, harapnya.
Better pendam. Tak ada guna pon nak terus terang, Benda dah terang lagi bersuluh. Ok, terus tersenyum. Haish, nasib :(
Mak, tak cukup duit la. Dalam bank tinggal 2 angka ja.
20091005
20091004
Reader
" This blog open to invited reader only. "
PERMISSION DENIED!
Persoalan di sini, mengapakah? Dulu invited tapi sekarang tak. WHY?
Ok, itu privasi katakan.
FRUSTATING?
20090930
Masih awalkah??
Testing..testing, Mic Ok??
Di kesempatan ini, saya dengan syok sendiri nak publish jadual exam. Saya tahu sebulan lagi. Saja nak letak awal-awal. Kamu tidak mahu publish juga nanti ye? Nak jugak la kan. Selamat menjadi gila~
- 02/11 --> Hubungan Etnik
- 04/11 --> Professional Writing In English
- 05/11 --> Sejarah Afrika Hingga Abad ke-15
- 09/11 --> Kaedah & Teori Sejarah
- 12/11 --> Sejarah Pentadbiran British Di Malaysia
- 12/11 --> Sejarah Ekonomi Perluasan Eropah 1500-1914
- 16/11 --> Gerakan Penentangan & Protes Di Malaysia
Jadi kamu nak berapa pointer ye untuk semua ini?
Dengan ini di umumkan Oktober sebagai bulan settlekan esaimen.
Cepat paksa aku study ok.
Ready....GO!!!
Gila kot.
Adalah di maklumkan bahawa pelajar adalah di kehendaki menjelaskan semua yuran bagi semester 1 bagi sesi 2009/2010 selewat-lewatnya pada 30 September 2009. Jika bayaran tidak di jelaskan pelajar akan di halang daripada menduduki peperiksaan yang akan di adakan pada 2 November 2009.
Gila kot. Mana mau cari RM. Duit "Ihsan" raya pon tak cukup banyak. Haish, susah betul kalau jadi katak di bawah tempurung.
Varsiti kesayanganku~
20090928
Bas ke KL itu bernama SUASANA HOLIDAY.

Hey, cuba lihat kalendar di dinding. Mahu masuk bulan Oktober kan. November sudah exam. Fasa keserabutan akan bermula, kekalutan dan sebagainya. Suka atau tidak kena harungi juga. Arghh, benci kot!! Tak guna kalau hendak mengeluh. Bukan ada orang nak kisah pon. Tabah je la homosapiens.
Kawan, best raya? Mesti best kan. Masing-masing teruja mengUPLOAD pixtorial di hari lebaran. Eh, lawa baju raya sekalian kan,kan,kan? Puas beraya ke?
Duhai semangat kerajinan, bila mahu menjelma? Aku merindui kau la. Tak mau jadi malas. Nak jadi rajin macam orang lain jugak. Terpacak di depan laptop mengadap buku dan WORD bukan MUKA BUKU. Menjelma la cepat sayang~
Bila diri sudah BOSAN~

1st Q : 5 fakta menarik tentang pemberi award ini ~
- Gadis Sarawak itu PM aku dulu.
- 1st time jumpa dulu, " budak ni amoi or malay?, cute jgak.."
- Masih misteri bagi aku.
- Pencetus bagi aku terjebak dengan dunia blog.
- Dulu aku ingat dia dengan Apiz couple. Ye kah?
2nd Q : Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya~
- Nama mengikut MyKad Mohd Khairol Idzham Bin Idris. Kadang2 banyak orang salah eja Khairul. O ok, not U~ Di UM mereka panggil aku Bob, streotaip name..
- Hey, aku tak banyak cakap & lebih suka dengar orang cakap.
- UM bukan 1st choice aku kot. Tapi ok la tercampak juga jauh dari kedah. Nasib tak dapat UUM. Kalau tak setiap minggu balik rumah~
- Ada lesen kereta tapi jarang drive sejak dapat lesen. Haish, kind of takut pegang stereng~
- Orang cakap aku susah nak senyum., Ok..
- Bila aku tak makan orang cakap diet la tu, so what the masalah kawan?
- Suka-suki sama itu Agarician
- Sangat tak suka sama itu presentation.
- Raya tahun ni tak best kot.
- Suka buat keja last minit. Sila berubah.
3rd Q : Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya, & describe tentang mereka~
- Wawa, artis 4th & the other Idris.
- Fazli Hafizi, kawan yang baik. Bila nak belanja aku makan lagi ha?
- Yuyu, suka berpuisi.
- Mira, roomate si wawa.
- Apiz Kota Singa cool. Bila nak stop smoking?
- Amin hot. Dia admit sendiri ok.
- Muhafiza, kawan sekolah rendah. Sorry wei tak dapat datang rumah raya hari tu.
- Kucai, lama tak lepak ye kawan.
- Mira Azlan, she's rock!
- Bro Acap, senior aku.
Sekian. Noktah!





