6.11.10

Bosan benar


Malam minggu di Kuala Lumpur, lebih spesifik lagi di Kolej Kediaman Bestari UM. Sunyi gila dalam floor ni. Rakan sebilik dah lama balik ke pantai Timur. Nak saja aku pusing satu kota malam ni tapi tak berteman. Bosan betul jadinya. Asyik ngadap skrin laptop dan tekan refresh FB ja. Rilek saja aku kan padahal esei tak jalan-jalan pun lagi dua. Aku harap esok pagi dapat la jejak Library jap pinjam buku seketul dua. Jangan terbangun macam biasa lagi sudahla, tak ada life langsung!

Tadi call mak dekat rumah. Air banjir dalam rumah dah kering, teruk la nanti kena cuci bagi bersih. Si Adli Akmal adik bertuah aku langsung tak ada dekat rumah tolong cuci, bertuah sungguh budak tu. Mak suruh balik cepat-cepat tolong cuci, haha (padahal rasa macam malas nak balik lagi dengan tiket pun tak merisik khabar lagi). Bertuah betul anak puan Asma Kassim ni.

Ok la, dah tak tau nak merapu apa dah. Maaflah tak ada informasi dan tips untuk kehidupan. Semalam tengok movie Scott Pilgrim vs The World, best wo bagi aku. Nak awek rambut ungu macam Ramona Flowers boleh? Phewittt.

Dialog malam tadi. "Kau balik Pahang ke? Tak r, aku balik Taman Medan rumah kak aku saja."
Aku percaya, setiap perempuan yang macam ganas tu, kasar, boyish, tomboy tu dalam hati mesti ada kelembutan jugak kan. Tak begitu wahai kalian?


p/s : Sepandai-pandai tupai tu melompat, akhirnya jatuh jugak ke tanah~

1 comment:

nur alia mohammed azmi said...

kau macam perli aku. HAHAHAHA