2012 lapan nanti jadi 24.
Aku cuba untuk masuk tido awal sebab esok masuk pagi . Rushing ke TTDI dengan moto buruk dan diharap jangan di buat masalah before tibanya separuh bulan dua nanti. Tadi baru dapat headset dan pagi khamis nanti memang confirm kena live angkat call. Minggu depan sudah OJA, jikalau kantoi habis periuk nasi. Halo, mana gua nak cari back up plan? Mohon dipermudahkan segalanya. Lidah melayu ni susah nak bergrammar mat salleh, alahai nasib dapat postpaid banyak customer speaking orang putih.
2012 dan dua puluh empat nanti lapan.
Masing-masing kawan lama sudah berumah. Sudah tukar itu status kehidupan. Yang bujang sudah berteman sah dek akad nikah dan juga ada yang sudah beranak pinak. Hey kawan, tahniah la aku ucapkan. Hey bob kau macam mana? Ya Bob macam biasa sekejap dia jatuh hati dekat sana, sekejap dia jatuh hati dekat sini. Dia tak ada yang serius tangkap masuk simpan dalam hati kunci sampai mati. Biasala tu kan belum jumpa si rusuk yang hilang. Malas aku cakap pasal jodoh dan kahwin, nak muntah loya dibuatnya kalau di bahas dan di ulang berkali-kali. Jodoh dan maut di tangan Dia kan.
Sampai jumpa lagi kalau aku rajin kemas kini. Nanonanonano awan nano gua percaya gua boleh hidup sampai 15 bulan 2 dengan dua puluh lima note kertas . Oh yeah !
p/s : Hey, you are wikipedia for problem :)
1 comment:
chill ya...
Post a Comment