27.1.12

RM

Ringgit Malaysia.

Sekarang fasa jimat. Sekarang fasa gawat. Semua benda dibuat hendak berkira. Bila kau terlebih limit sedikit untuk sehari kau nyesal. Sambil tunggang motosikal di highway kau akan termenung jauh fikirkan tentang Ringgit Malaysia yang akan keluar. Dan kemudian kau ngeluh sambil order air ais kosong minuman harian.

Manusia ini pelik. Ada yang berkongsi, ada yang makan seorang diri. Kesenangan itu lebih baik jika berkongsi. Jalan punca rezeki lebih berkat jikalau menolong orang di sisi. Tak hilang rezeki yang di miliki tapi akan bertambah catatan di kanan dek menolong mereka yang kesulitan. Sharing is caring right? Arghhh maybe aku jauh memikir tidak tahu itu kebenaran atau prasangka yang lahir dari hati.

Menghabiskan sisa-sisa hari di Menara Biru. Selepas masuk bulan dua tahun masihi tiada lagi pandangan KLCC di malam hari tiap hari. Mohon master test CSE malam ini lulus dengan cemerlang dan tidak masuk fasa ulangan untuk ke peringkat seterusnya.



**Dapat gaji mahu beli sepasang kasut untuk berlari nak hilangkan 'kandungan'.

No comments: