9.12.11

Random again.

Tangan dan mata tekun mengadap excel di lewat malam. Aku angkat laptop dan beg hitam keluar rumah tuju ke dataran sastera. Lampu bilik yang lama bermasalah tidak aku berasa nak betulkan, siang malam asyik bergelap. Kadang-kala timbul sinisan dari mereka, Tak pa bob bilik gelap hang kan suka tidoq memanjang. Dan aku senyum tidak terkata.

Lewat menjangkau dekat 1 pagi tiba-tiba mak call. Haish, buat apa di telefon lewat macam ni. Oh aku lupa yang malam jumaat memang mak berjaga malam untuk buat kuih nak jual dekat pasar nat pagi esok hari. Serius aku rindu makan kuih macam-macam yang panas pada pukul 3, 4 pagi. Dan macam biasa soalannya duduk buat apa, ada duit lagi ke tak? Aku cakap aku sedang key in data dan aku cakap la pasal benda survey tu. Dan soalan yang wajib makan apa hari ni, jawab aku nasi dengan telur goreng beserta ikan perkasam. Selepas beberapa minit aku matikan talian.

Bila malam saja aku asyik terdiam. Kata orang kemurungan membawa padah. Pernah dulu aku sampai terfikir benda yang tak masuk akal. Tapi itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah. Hey, nasib baik akal masih waras berfikir.

Ok la aku mahu sambung menekan kekunci angka. Bukan senang nak cari duit, tapi bila masa nak guna senang sahaja kepingan kertas itu nipis dari beg duit dan mesin ATM. Bob, sila fikir dulu sebelum habiskan duit. Sila ingat mana yang keperluan dan mana yang kehendak. Till then, selamat malam.


Tadi petang aku dapat call dari pihak UM suruh hantar resume dan datang interview. Moga lancar semuanya dan peringatan buat diri sendiri cepat-cepatlah pos borang DBKL tu.





1 comment:

Miss FF said...

sedapnya.. da lama xmakan ikan pekasam... best tuh makan time nasi panas2.. perah asam limau sikit.. walllah...