8.12.11

Some other random post.


Aku cuba berpuitis.

Aku cuba terapkan mood rindu. Tapi aku tidak ada subjeknya.

Aku tidak mahukan yang lama menjadi subjek sebab aku cuba memadamnya dari kotak hati.
Sebab proses itu bukan mudah. Bukan senang bak kata orang bunga bukan sekuntum. Lain orang lain bunga citarasa mereka.

Dan aku cuba mencari subjek untuk menulis. Untuk meransang perasaan gembira dan senyuman terukir di mulut ini. Dan aku terus mencuba dan cuba.

Bila malam sebelum mataku tertutup aku selalu mohon kepada Dia agar perkenankan hasratku.

Hasrat supaya datangkanlah dia dalam mainan tidur ini. Supaya aku dapat kecapi seperti yang mereka semua alami di sebalik realiti.

Realiti, aku sering gembira melihat mereka semua berteman dan berkasih sambil bertukar senyuman. Sering kali dalam hati kecil aku berkata, Kalaulah itu aku, Oh Tuhan bilakah masaku kan tiba.

Selepas tersenyum aku berasa sunyi, sepi.




Halwa telinga : Adele – Someone Like You. Tetapi siapakah kamu itu buat aku?

No comments: