Tiga belas.
Hari minggu ke hujung minggu. Dari siang ke malam dan muncul semula terik matahari esoknya. Masuk bilik keluar bilik. Bangun tido sambung tido dan cuba-cuba tido di awal malam. Penyakit lama tak berubah-rubah bak burung hantu di malam hari. Rosak.
Tiga belas.
Seluk poket buka kopek. Buat kira-kira belanjawan negara. Ok masih boleh hidup, sekali sekala tipu sunat buat di utara dengan kata manis positif. Hidup jangan susahkan orang lain, biar susah sendiri lagi baik. Selang beberapa hari ke mesin duit ku cucuk angka untuk lihat paparan angka. Hurm cukup makan lagi kot rasanya. Esok lusa tulat dan hari lain lah berubah jadi manusia berguna.
Tiga belas.
Saya sedang berusaha untuk menjadi perancang kehidupan yang baik, katanya sebagai motivasi. Karut saja amalannya. Teori tanpa dipraktiskan sia-sia tidak berguna. Bangunla dari mimpi. Pergi cari duit untuk kepuasan diri. Kasut sukan Reebok RM60 pun kau berfikir banyak kali.
Tiga belas.
Kadang kala terlalu kusut dan murung diri terfikir juga mahu terjun dari angka tadi. Mainan kata dan perasaan.
No comments:
Post a Comment