26.11.11

1433

Jumaat semalam.

Dan malam sebelumnya seperti biasa. Mata hanya boleh dipejam setelah dipaksa selepas subuhnya. Reminder Nokia sudah ditetap kejutkan bangun pukul 10 pagi. Takut terbabas tido terlepas Jumaat. Well, kebiasaan aku nak masuk Zuhur dan lepas masuk waktu baru wake up. Tapi bangun tengok jam Nokia 2.30 petang. MasyaAllah terlepas Jumaat sampai tak dengar bunyi alarm. Entah si rakan rumah ketuk pintu bilik tak tau la. Kalau dia tak ketuk aku tak boleh cakap apa la. Ya Allah, aku miss Jumaat terakhir!

Sedang aku tengah mandi aku rasa macam pintu rumah dibuka. Oh biarla, mungkin si rakan serumah balik tapi wth la kan baru keluar nak balik rumah pulak dengan siap berkasut tadi. Tiba-tiba pintu bilik dia tertutup aku rasakan. Aku check kasut-kasut semua nak sure penghuni tetap ada ke tak dalam rumah then confirm yang 2 0rang tu keluar. Oh man tak kan ada orang nak pecah rumah kot. FYI rumah kami tak bergrel macam rumah orang lain. Aku masuk bilik capai Nokia, kunci rumah lepas tu ambil pisau dekat dapur. Dalam hati janganlah ada manusia dalam bilik ni. Dalam kepala duduk fikir kalaulah jadi mangsa keadaan kena rompak, kena tikam perut dan seantaranya. Dengan confident aku buat spotcheck dekat bilik buka pintu dengan takut then check bilik tambah tengok bawah katil sekali. Fuhhh, mainan perasaan saja kot tadi mungkin angin kuat. Nasib baikla. Ni la padahnya tertinggal Jumaat.



Selamat Tahun Baru 1433. Moga solat wajib sentiasa terjaga dan jadi anak yang berguna kepada keluarga.

No comments: