11.4.11

IsninselasarabukhamisjumaatsabtuahadISNIN .

Halo everybody adik manis dan abang perasan handsome bajet macho sekalian.


Start aku menaip jam menunjukkan pukul 5 di pagi Isnin. Lagi sejam nak Subuh, jangan kantoi dan sengaja kantoi naa. Cuba check kalendar dekat dinding atau mana-mana kau letak. Hari ini hari Isnin bersamaan 11 April. Ya, minggu depan tarikh keramat tapi bagi aku tarikh ngeri. 18 April kena submit ye budak-budak major Sejarah.

Hurmmm. Jap, relakss dan cool. HAHAHAHAHAHAHA! Gelak bagi sedap hati. Well ini jadual aku sebagai pelajar tahun akhir buat minggu ke EMPAT BELAS yang HEAVEN :

1. Isnin dan Selasa wajib siapkan full draft sebab Rabu wajib hantar bagi papa Jo semak. Jangkaan Jumaat jumpa balik ambil draft yang di semak, di conteng, di suruh ubah sana-sini. Then dapat balik Jumaat tu edit dan rombak selagi boleh. Oh ya, hari Khamis wajib siapkan esaimen Amerika.

2. Sabtunya perjangkaan print dan hantar jilid. Malas pergi jauh hantar atas kedai 4th tu sudah. Kalau tak sempat Sabtu aku hantar Ahad then paksa kak tu siapkan dalam 24 jam dengan bayaran tambahan baru Rm30 satu jilid. 3 jilid jadinya RM90 untuk jilid sahaja. Oh ya, kos print tak aku terfikir lagi sebab aku sendiri pun tak tahu setebal mana baby hasil kandungan 3 tahun aku dekat UM ni. Percayalah, ia tidak setebal orang lain sebab ianya tidak sekualiti orang lain.

3. Isnin 18 April hantar ke pejabat Jabatan Sejarah sebelum pukul 5.30 petang sebanyak 2 jilid. Aku rasa jabatan aku tak ada belas kasihan dan sangat strict. If tak hantar dalam hari tu tak akan diterima so extend la kau satu sesi lagi dekat UM ni. Serius, benda tu yang paling aku cuak dan takut lagi. Kepada penyelia, sorry Dr kalau hasil kajian saya nanti akan jatuhkan kecemerlangan Dr sebagai seoraang penyelia. Sorry Dr JMF.



Wish me luck my friend. Nak Grad juga sama batch 2008/2009 bulan 10 nanti T_T. Ok,kejutkan aku esok kalau tertido untuk pergi ke Law Library. God, I need that Primer Source. Selamat pagi pembaca The Other View. Hurmm, maybe aku tak patut sangat merungut dan melalut dekat sini. Perghhh nak emo-emo bagai la pulak!




Assalamualaikum.





1 comment:

Anonymous said...

blog anda dah bertukar=)
its always refreshing to read your words.you play with words well.
all the best for exam,kalau belum habis lagi.