28.5.11

Untitled.

13 hari Kedah. 13 hari sebagai penganggur terhormat. Menyemakkan diri di ruang tamu rumah serta menghabiskan isi dapur rumah papan batu kampung. What a life, hurmmm.

There's something yang aku nak taip. Macam-macam benda belenggu dalam kepala otak kosong yang bebas dari perkara-perkara ilmiah. Tiada lagi kuliah, perbentangan dan esei tugasan menggunakan Microsoft Words. Man, sumpah rindu menaip esei sejarah last minit, buat semua kerja last minit. Kenangan weh kenangan.

Sumpah rindu telatah budak-budak selama 3 tahun di sana. Sumpah rindu dengan telatah budak2 kelantan yang lawak dan kadang kala bikin hangat hati jugak, haha! Well, sekarang kembali kepada asal, jumpa kawan cakap utara tiada lagi slang KL. Rindu mamat Utara dan Pantai Timur yang speaking luar time kat KL. Control sangat, hurmmm.

Semalam lepak Nashmir warung mamak 24 jam. Lama tak makan tosai dan kuah kari yang confirm siang esoknya perut kau meragam. Ya betul, tadi siang dah meragam. Duduk lepak dengan kawan masing-masing bertanya nak buat apa kita lepas habis zaman belajar ni? Termenung lama aku sekejap dengan fikirkan apa yang dapat aku aplikasikan dengan ilmu-ilmu sejarah yang 3 tahun aku belajar. Sejarah bermacam jenis tapi apa yang aku dapat dan apa yang aku boleh outputkan? Aku hope dapat kerja yang bagus dengan segulung ijazah dengan pinjaman PTPTN 3 tahun dulu. Doa banyak-banyak dapat ringankan beban mak yang tanggung kami dengan hanya bekalkan duit buat kuih. Aku tak dapat bayangkan kalau emak yang pergi dulu dari ayah yang OKU, serius aku tak dapat bayangkan apa yang jadi nanti. Oh Tuhan, panjangkan umur mereka.


Till then, hope result Tesis yang di jangka keluar minggu depan ok dan lulus. Tiada A atau B aku rasa cuma mahukan lulus saja dengan kualiti yang aku buat. Well, aku sia-siakan satu tahun untuk benda 6 jam kredit tu. Sesal kemudian tiada gunakan? Berserah pada takdir, doa banyak-banyak moga dipermudahkan segalanya. Untuk Mak dan Ayah~


Selamat petang dan selamat bercuti, kawan. Menyesal aku tak join kursus pra pekerjaan. Hurmmm.


1 comment:

Unknown said...

beb insyaAllah ade rezeki kite untuk dapat kerja nanti..segalanye dah tuhan tentukan.. c: