12.3.11

Pray and Hope.

Assalamualaikum. Sihat, wangi-wangi dan ceria?

Semalam, di Jepun berlakunya gempa pumi dan tsunami berlaku. Masya-Allah. Google untuk tahu berita selanjutnya. Tak pandai nak menaip berita semasa di sini, feeling kurang menulis panjang dan mengolah berita. Alert, ini kejadian semasa.



Weh, malam ni dah dinner MAB fasa 1. For sure? Rasa macam malas nak naik. Macam tak ada semangat. Hurmm, naik jugalah makan nasi beryiani. Macam mana rupanya ye dekat Dewan Santapan sana tu. Last naik pun time mengundi, Pro menang. Ok, dah lama kisah politik kampus ni. Eh, 2 hari lepas jumpa si Mastura hilang tulah dekat kafe fakulti. Suka sangat dengan orang hilang muncul hilang ni. Terlupa nak bergambar dengan ahli MPP, uhuk-uhuk. Kisah sangatkan.

Minggu lepas minggu 9 tak berproduktif dan terisi dengan pengisian dan menghasilkan sesuatu yang berilmiah seperti bab latihan Ilmiah. Dan macam selalu kelas pagi Dr Siva terbabas selalu. Sentap jugak dalam kelas tutor dia terasa kena sinisan yang ditujukan buat student yang ponteng tapi kehadiran ada. Oh ya, Selasa depan giliran aku present bersama 3 rakan. Aiyo bahan tak cari lagi nahas betul. Rabu pulak perlu berperang dingin dengan Dr Syakila berganding dengan Ain Muin. Saya sukalah minggu depan. Tolong ingatkan juga supaya saya pergi berjumpa bertanya khabar dengan papa Joseph Milton Fernando. Tak larat nak senyum-senyum kambing lagi bila berjumpa, senyum. 5 minggu lagi penentu segalanya.

Rambut dah panjang dan tebal macam rambut palsu sekali dua tengok dekat cermin. Best sangat ke filem Merong Mahawangsa bagai tu. Takut hype terlebih saja. Ok. habis menaip.

1 comment:

Unknown said...

for me Merong best!!!saye hargai karya tempatan yang ptot diberikan pujian,mencari kebaikan itu lebih baik dari keburukan.. c: