13.3.11

Fasa Satu.

Fasa 1 dinner kolej selesai. Menu juadah sedap, tapi sedikit. Dengan muka slumber meja kami culik nasi dari meja yang kosong. Tak payah nak control sangatlah kan. Belum doa makan di baca dah masuk 2nd round sudah, sopan kan kami. Peduli. Lautan student Bestari sangat banyak sekali, berhimpit bagai. Si anak dara kemain tau melaram sakan bagai nak rak. Make up jangan ditanya berapa inci, tak pe lawa dan sejuk mata terbeliak tengok kau orang adik-adik sekalian. Ek?



Tadi naik dewan santapan tu biasa dan selekeh sahaja pakainya. T-shir PAC MAN dan seluar putih yang selalu di sarung ke kuliah fakulti sastera sahaja. Kasut Adidas pinjam yang kawan punya. Terima kasih abang Anuar sebab sponsor kasut ye. Fasa Dua nanti cari sponsor lain orang pulak. Kenapa nak menghabiskan duit banyak sangat kan. Jilid tesis banyak ketul bulan depan bukan murah ye adik-adik. Berapa salinan entah kena buat. Hutang dalam akaun UM 200++ pun tak selesaikan lagi. Tak kan kot nak minta lagi dekat mak yang bertungkus lumus kapit karipap dan kuih lain dekat rumah tu. Haish. Rasa macam harus jugaklah tebas rambut kesayangan ni fasa seterusnya. Anggun sangatlah, auwww.

Macam biasa rumah siap pahat masih berbunyi. Adatlah semua benda tak akan perfect. Tapi, hurmmm. Sendiri tengok dan sendiri judge ye. Kami tahu anda semua sudah bertungkus lumus. Fasa seterusnya jangan carca merba lagi ye, oppps. Lu jangan naik angin dengan gua ye Alia Azmi. Jom subway ! Btw, floor gua D200 dapat floor terbaik. Biar betul, terbaik dekat celah mana tu? Alhamdulillah rezeki. Maybe lobi dan kabel kuat kot macam dulu-dulu. Wah, macam tu pulak ye. Blok cik adik manis sana ada perasaan cemburu tak?

Hey junior, malam tadi awak sangat cantik. Nanti fasa dua melaram lagi ye. Malam tu nanti nak bergambar bagai. Peramatan aku malam tadi, kemain tau budak-budak 1st year ni melaram bagai nak rak walaupun fasa 1 atas Dewan Santapan yang ada air cond tu. Tak ada ek? Tak sabar nak terbeliak mata hujung bulan nanti tengok gaya mak datin dan mek Arab. Dedah dan seksi lebih-lebih lagi ye nanti. Ouchhhhh !!

Ok, bye.



p/s : Al-Fatihah buat teman sebilikku Faiz atas pemergian ayahnya ke Rahmatullah. Moga di cucuri rahmat arwah di sana. Be strong kawanku. Semua ini dugaan dari-Nya. Sayangilah kedua orang ibu bapa kita yang masih bernyawa. Jangan lupa call mereka selalu. Hargailah masa yang ada . .

No comments: