24.2.11

Surat cinta kepada junior tahun kedua.


Adik junior kesayanganku.

Apa khabar di tahun kedua pengajian awak? Masih berbulan madu lagi atau sudah tidak. Kehidupan varsiti ini sangat best kan. Untung-untung lagi dapat study dalam UM tercinta ini. Mesti bangga kan. Tipulah kalau tak ada rasa riak sikit ye tak.


Junior,

Tahun depan dah masuk tahun akhir bagi anda. So, ada projek ilmiah. Penting sangat tu tau tak. Jangan main-main silap banyak nanti kau tak grad. Better start dah dari sekarang. Kau fikirkan tajuk mana yang rasa terbaik nak dikaji dan prospek untuk dapat A tinggi. Cepat-cepatlah booking penyelia tesis kau. Jangan lambat-lambat sebab faktor penyelia juga jadi pendorong kau nanti.

Cuti lama nanti jangan kau duduk suka sahaja. Eloklah mula sikit-sikit. Karang proposal kau tu elok-elok dah masa cuti nanti. Kalau ok dah buka sem baru nanti boleh tunjuk saja dekat bakal penyelia kau. Kalau ok, carry on je. Jangan lengah-lengah. Lebih cepat dan banya bahan yang kau dapat lagi senang kerja kau. Kalau sem 1 kau boleh dapat 3, 4 bab dari 6 bab katakan dah kira ok tu. Sebab nanti sem akhir kau tak akan terseksa. Tulislah sikit2 jangan bertangguh penulisan kau tu. Dengar cakap abang senior kau ni. Nanti kau akan menyesal. Sumpah tak tipu.
Adik junior, bila dah masuk sem akhir semua benda serba tak kena kalau tesis kau tak berjalan dengan cepat. Kau boleh jadi gila. Tak tipu. Stress memanjang tu benda normal la. Kau boleh tengok kawan-kawan kau senyum, tapi dalam hati mereka dan kepala serabut. Rasa macam nak terjun bangunan saja. Tapi tak boleh haram bunuh diri. Tak cium bau syurga nanti kau.

Adik, jangan nak layan sangat Facebook tu. Buang masa saja lebih. Duduk 2, 3, 4 jam ngadap laptop asyik baca dan komen status kawan apa kes. Macam tak ada life. Kurangkan online tu. Better kau ngadap Words dan selalu rajin beriadah dekat arkib dan library. Bila lagi kau nak manfaatkan yuran library UM kau yang mahal tu.

Yang paling penting, tak siap tesis kau tu tak boleh grad. Tak kan kau nak extend satu tahun sebab tesis je. Kau tak sedih ke tengok kawan-kawan batch kau grad. Lagi satu, kalau tesis kau tak diterima atau tak siap akan dikira gagal. Pointer kau aku jatuh nanti. Tak takut lagi? Jangan main-main dah dari sekarang. Jangan ingat nak cari duit sangat buat part time lebih-lebih.
Ini sekadar ingatan pesanan dari seorang senior kepada juniornya. Ingat, jangan hampakan harapan mak ayah dekat kampung. Bukan semua kita ni dari golongan yang mewah dan hidup senang. Tak sedih ke tengok keringat dan air mata mak ayah kita cari duit untuk segulung ijazah kita. Ingatlah


Dari Seniormu,
Pelajar tahun akhir Jabatan Sejarah.

2 comments:

Unknown said...

terharu sengguh diriku membaca surat cinta dari mu ini...:')

Nurul Nadia Lalala said...

hua3 !

serius best surat kau ni weh . Part FB tu sangat le tepat . Ek ?

Btw , aku dah siap 3 assignment . Baru siap assignment papa jo . Kedengaran riak tak weh ? Ngee .

Oh harap2 tesis kau berada dalam keadaan sihat walafiat jugek ye weh .

Akhir kalam , majulah tesis untuk grad .