23.1.11

Stuck.


14 hari aku tak jamah nasi. Aku elak ajakan kawan. Aku tipu bagi alasan dah makan. Gila?

Aku stress dengan tajuk thesis aku. Stuck dengan struktur masih tak jelas untuk ditulis nanti. Sebab aku malas nak jumpa penyelia yang bila jumpa saja mesti tanya perkembangan dan mesti nak tengok draft. Buntu buat aku jadi murung tak tentu pasal. Kata orang bila murung boleh mendorong kepada perbuatan yang tidak waras.

Diam aku lebih dari tergelak terpekik tersenyum riang. Can you see what happen to me kawan, teman sebilik dan rakan rapat. Sebab aku terlalu memendam buat aku jadi begini. Mungkin aku perlu di kaunseling. Boleh aku lontar semua. Luah apa terbeku, apa ku fikir, apa aku termenung seorang diri bila malam menjelma sebelum ke alam mimpi. Aku harap bila di sana aku boleh impi apa yang ku mahu mimpikan. Kalau itu boleh kan.

Lelaki juga bisa menangis dan beremosi. Aku minum susu ketika fasa itu berlaku, cornetto dan coklat lebih mujarab kata orang.


Weirdo.

3 comments:

f4nT4gHiro T4r4b4zz said...

>dik untuk penyelesaian thesis anda..sila bejumpa PA kami..supaya iyea boley sikit sebanyak membantu..

>sesuatu yang terpendam tue seperti menternak virus kanser yang makin lama makin tidak bisa dibendung dan akhirnya... anda ada jawapan pada keadaan itu..so sile selesaikan iyea ,even berat mata memandang berat lagi hati merasa..

Nurul Nadia Lalala said...

go bob go !

ey weh . Start jek type apa2 yang patut . Sikit2 pun boley . Then tunjuk papa jo tu ha . Mmg he quite strict tapi dia okeh kan ?

Kalau kau x start dari sekarang , lagi bertambah stuck weh . Seriously .

~missnunamu~* said...

go abang bob !

all the best for your thesis .

Jangan stress-stress sangat yer !!!

smile . ^_____^