25.1.11

Crush.


Hey awak-awak sana tu. Tahu tak awak sana tu yang saya dah JATUH terhadap awak. Eh, ye kot rasanya kan. I poke you dekat FB then you poke I balik dan seterusnya sampai dah bosan agaknya. Perasan tak motif I? Eh tak ke, alahai.

Bila jumpa awak kan saya just mampu tersenyum, tersengih ja tunjuk gigi yang putih ni. Saya guna colgate warna hijau tu je. Lebih dari 3 kali tau dalam sehari saya gosok gigi. Sebab tu berseri-seri terserlah keputihan kan. Tak salah kan saya puji diri sendiri sikit je. Tak nampak sangat pun hiperbola metafora dan seangkatannya dengannya. Yang penting sekali saya tak smoking tau. Boleh jimat duit dan hidup lama sikit. Nafas saya pun tak berbau sangat tau tak bau asap. Tak Nak lah isap rokok, isap coki-coki lagi sedap, sweet tau tak. Tapi sekarang coki-coki dekat kedai atas sana dah mahal, cekik darah. Awak nak tak? Nanti saya bagi awak satu kotak punya. Iklas sangat-sangat ni.

Eh-eh main jeling-jeling pandang-pandang pulak ye. Nerd sangat kan. Tapi tau tak, gurls yang pakai cermin mata ni hot tau. Lagi sweet lagi kalau berbaju kurung. Ayulah mata ni tengok bila jalan ke kuliah. Lebih ayu dari si Ayu Raudah yang baru kakwin tu. Saya tak ambil kisah pon sangat story gosip artis kita ni. Al-Maklumlah Melodi dah lama tak up to date. Dulu si Anna menang AJL awak suka tak? Saya layan je tak kisah pun.

Awak-awak yang cute tu. Saya ni boleh masuk kategori Mr Shy-shy Hello Kitty lah. Caya tak? Try letak sorang kawan sejantina awak depan saya dan tengok reaksi saya. Confirm muka merah padam blushing sangat-sangat mulut macam di gam kuat tak boleh buka. Tapi kan, bila dah rapat dengan kawan sejantina awak yang dah kenal lama berkawan ok je mulut ni cakap. Cuba awak duduk depan saya. Alah, imaging minum kedai makan bawah sana je cukup. Mesti mulut ni asyik hisap straw ja sambil muka merah padam blushing terlebih-lebih. Ish, tak macho kan. Kadang-kadang saya cuba perasan diri ni jadi macam jenis yang suka buat lawak. Tapi FAIL derr wa cakap lu. Opps, fail la saya cakap sama awak. Shaner ek?

Tahu tak, awek saya yang tak jadi dulu pernah mesej cakap "Bukan perubahan yang menentukan kebahagiaan, tapi peruabahan ke arah kebaikan tak salah.." Saya dalam proses berubah la kiranya. Lepak dengan ramai jenis manusia. Tak pe, nanti saya dah confident saya tackle awak betul-betul ye. Tak mau just bagi hint dekat FB tu asyik poke-poke je, send picture sweet ja. Banyak sangat sweet boleh dapat pakej kencing manis kan. Kurangkan gula ye. Awak tu dah manis. Less makeup pun dah menawan. Janganlah makeup tebal macam ...... Opps, awak tau kan saya ngumpat siapa.


Sedap kan McFlurry tu. Awak suka cornetto ke oreo. Saya belasah ja semua. Tapi sejak buka sem ni dah jarang saya lepak Warung abang Clown tu. Prosperity bagi edisi kali tu pun saya tak jamah lagi. Rindulah macam sem lepas. Bila lapar je tengah malam saya terjah cawangan Bangsar. Then bila selalu ja muka ni dekat area Bangsar saya tukar arah ke area PJ tu. Bijak tak? Nanti orang kata budak ni nak mampus ke hari-hari bedal McD. Tu dulu la awak. Start sem ni, saya nak kurangkan benda alah tu. Last makan KFC pun minggu lepas time dalam dewan kuliah kawan saya bagi seketul ayam KFC lebih. Saya belasah je, then nyesal sebab lemak tambah. Tak pe, redha ja. Malam lepas tu kawan saya ajak KFC dia open table tapi disiplin saya kuat kata TAK PE LAH. Saya tolak KFC free ok. Wah!. Saya tengah on diet bajetnya. Nasi dah dekat 2 minggu tak jamah. Asyik makan roti, oat dan minum je tau tak. Jangan risaulah awak saya OK je. Tak mati if tak makan nasi tu kan :)


Awak sana tu. Sorrylah kalau saya mesej awak ayat macam lame je. Tak pandai sangatlah nak bermanis-manis dalam bermesej, FAILLL. Alahai pecah lobang kan. Tak pe, tak kisah pun. Tapi kan, just satu je bermain dekat kepala minda otak hati naluri saya ni. Status awak ni apa sekarang? Dah berpunya ke masih single available. Malaslah saya kalau dalam tengah duduk angau feeling dekat awak tu tidor malam terbayang-bayang, buka FB asyik stalk picture awak ja sambil senyum sendiri sengih-sengih tapi tiba-tiba...

Sakit tau kalau jadi macam tu. Dah la yang dulu pun susah saya nak bagi hilang lagi. Cinta kolej 4 jugak tu di reject masa 1st year. Bulan 5 nanti anniversary saya kena reject dengan dia tau. Awak nak buat macam tu ke dekat saya? Tak pe saya pasrah je. Tapi saya tahu awak tak jahat kan kalau nak tolak saya. Saya tunggu moment tu nanti bila saya dah bersedia. Tengah fikir idea nak buat proposal untuk awak. Tunggu tau proposal saya ni before saya tinggalkan kolej 4 dan tinggalkan awak. Mesti sweet kan sebab saya budak sejarah dan awak budak sains. Mesti awak tak minat sejarah dan saya memang dari SPM dulu tak minat kira-kira ni :)

Ok lah. Saya nak sambung balik taip bab 1 saya ni. Tiba-tiba datang semangat pulak ceria ja tak tension macam hari tu. Hantar je mana yang boleh walaupun tak mampu nak karang sampai 20 muka surat. Lain orang lain tajuknya ye tak.





p/s - Awak yang saya crush tu tahu ke tak saya ada blog tulis pasal awak ni? Malulah nak share dekat FB sana tu. Tak glamor sangat pun. Peace yo!

5 comments:

Nurul Nadia Lalala said...

ayoyo .

Siapakah beliau itu ?
Alolo . Sweetttttt sungguh !

Mra Mastura said...

tikus kah?

aswad said...

wah ! sweet sanagt !

f4nT4gHiro T4r4b4zz said...

ok finally..satu entri yg agak panjang untuk sekian lama..all da besh bob..who know dye untuk mu juga milikmu.. ;)

nur alia mohammed azmi said...

panjang gila bob!
kau ni dah paras keangauan yang tinggi nih.
Good luck bob! ;p
HAHAHA.
nanti dah dapat gilpren tu, jangan lupa coki coki sekotak bagi kat aku jugak. aku pon suka coki coki jugak tau. hahaha