17.1.11

Gigih tak kau rasa?


Sila abaikan tajuk post sebab aku memang dah tak sure nak letak apa. Ok? Duit dalam poket kau tahu tak ada di bawah paras nak dekat RM 50 ja ni.




Hai pembaca. Minggu tambah dan buang subjek dah tutup. Pendek cerita dekat bawah tu susun atur jadual untuk sem akhir ni dekat UM tercinta. 12 jam kredit termasuk 3 paper sejarah untuk final exam akhir bulan 4 awal bulan 5 nanti. Gedik tak aku letak2 jadual dekat bawah tu? Suka hati la kan. Kelas hari Isnin satu ja mencacatkan sedikit jadual impian aku. Amerika pun Amerikalah kita semua semester last ni.




Ni nak review bagai sikit pasal subjek yang aku ambil.

1. Amerika Syarikat Moden.
Kelas ni Dr Shakila yang ajar. Power kot lecturer tu dengan ilmu tentang Amerika. Aku google tengok C.V dia, perghhh tabik la. Tak banyak sangat budak batch final aku ambil paper ni sebab daripada mulut-mulut senior dulu cakap paper Dr. Syakila ni ajar susah sikit nak score, macam merosakkan pointerlah, dan senang cakap susah la.Tengok pra forma paper ni lain sikit dari paper lain sebab ada map test, esaimen review laman web, presentation dan esaimen. Kau mampu tak hafal map USA tu untuk 10% carry mark exam?

2. Perubahan Sosial Malaysia.
Paper ni Dr Kamal ajar. Before ni aku dah ambil paper yang dia ajar dan resultnya Alhamdulillah puas hati jugaklah. Paper ni clash dengan kuliah paper Sejarah Politik Indonesia so student final yang ambil paper Indon tak mau ambil paper Amerika tak boleh ambil paper ni Kelas ni jangan harap la kau nak ponteng then suruh kawan kau sign sebab pembantu Dr. Kamal tu kira orang. Sepanjang kelas Dr Kamal ni lah aku jujur tak suruh kawan sign sebab bukan takut tapi aku respect dia walaupun dia buta. Kelas lain2 faham sendirilah. Hello kawan, aku bukan sengaja ambil paper ni untuk sama sekelas dengan dia ye ok. Dah sekelas untuk sem last ni nak buat macam mana :) Ok, tu kisah lama, tutup.

3. Perluasan Ekonomi Kapital NNM.
Ok, ni paper Dr. Siva. Senior2 cakap dia ni strict sikit nak bagi mark untuk final. Paper ni before nak habis minggu add & drop aku was-was nak ambil then nak ganti dengan paper Dr Jo Nasionalisme. Lagi satu ikut sepanjang 3 tahun aku dekat sini bab2 sejarah ekonomi ni aku macam kurang minat sikit then susah nak ingat. Al maklumlah otak ni bukan guna total pun untuk benda-benda ilmiah. Tapi aku positif ja. Nota2 dari kawan yang ambil dulu dah dapat sikit. Kalau tak tersalin aku rujuk balik ja yang lepas punya. Benda dikuliahkan sama ja isinya tak begitu? Terima kasih ya kak Nadia LaLaLa. Lepas ni nak collect lagi bahan lepas dari budak2 lain. Hope tak dibuangnya atau tak kedekutlah ilmu tu. Manusia ni faham2 lah perangai dan sifat masing2 ye tak.

4. Projek Ilmiah.
Sem ni dah tak ada sambung nak present proposal lagi dah. Tapi lagi takut sebab penyelaras nak semak rekod banyak mana dah kita punya tesis progress. Kau mampu boleh duduk diam dengan bab 1 pun kau tak complete lagi dengan satu draft tak hantar lagi dekat papa Jo tu untuk di semak. Cuak sangat2 ni kau tau tak. Gamaknya mungkin nanti nak fokus sangat berlatihan ilmiah tu aku kena deactived FB macam Kak Nadia LaLaLa mungkin. Hurmmm. Percaya tak?




Sem last ni aku gigih sikit berazam nak berjalan ja ke kelas tak mahu naik motor. EX5 tu nak simpan for kegunaan lagho-lagho ja. Lagi pun motif bajet nak kurus sedikit ye tak dengan berjalan keluarkan peluh then badan sihat wal-alfiat. Semangat tu perlu ye tak. Ok, dah habis. Gigih, gedik dan poyo sangat aku rasa post kali ini. Bosan tak?


p/s : Cik Wawa dah genap 23 tahun. Kalau beruang, eh berwang nanti ada rezeki aku belanja set McValue Meals dekat kau satu ye. Agak-agak nak bikin special apa ye akhir bulan March nanti? Gigih sangatlah kau Bob. Kenapa kau tak kalah-kalah lagi oi Team SETAN MERAH?



3 comments:

Nurul Nadia Lalala said...

tadaa !

aaaa kan ad name aku tu !

cepat2 deactivate FB weh ! siap bab 1 , on le balik kejap .

Ngee .

f4nT4gHiro T4r4b4zz said...

haha..tak sbr menntikan set mcd 2..huhu.. :p

shamonaz said...

salam

http://shamonaz.blogspot.com