10.1.11

Campur-campur bak nasi campur.




Ini post ke 200.


Sambil menaip telinga dibuai dengan keasyikan playlist Light Writing oleh Liyana Fizi berulang kali sambil dekat luar sana budak kolej 7 semangat berdikir barat dengan meriahnya, wah! wah! wah! Tiap-tiap malam budak2 floor semangat bermain futsal keluarkan peluh dan akunya sangat tidak bersemangat kesukanan. Haiya lu memang tak mau hidup lamalah Bob the boyot-yot oi. Semangat tau mereka create team Bukan Star FC dengan tempah jersi. Nak join sama jersi tak muat tak ada saiz sebab semua2 fit belaka jersi bak jersi pemain Harimau Malaya tu. Kecewa sangat-sangat ni tau tak. Sebab tu dah mulakan revolusi ELAK NASI kau tahu tak. Jangan risau gua boleh hidup lagi tak pengsan kalau tak mengunyah nasi tu :)

Sabtu tu kami berkelah di Sungai Gabai tahu tak? Berjemaah 21 orang berkonvoi dengan 12 buah motosikal ke sana bertolak tak silap akulah pukul 11 pagi macam tu dan balik kolej time surau tengah laungkan azan Azar. Gagah tau kau tau tak EX5 buruk aku tu boleh sampai ke sana dan selamat pulang. Firstly time pergi si motor Aiman bocor dekat Bangsar. Nasiblah luck aku baik EX5 tua aku tu tak buat hal. Sampai Sg Gabai tu gagah sangat naik anak tangga ke puncak nun tinggi sana. Kau jangan tanyalah perasaan aku macam mana time tu, haish! haish!, haish! Dekat sana standardlah mandi manda, nak pra-lemas sekejap aku ni tergelincir jatuh la dan bakar-bakar ayam dengan rempah Babas. Terbaiklah. Next projek mana pulak wahai geng-geng sekalian?

Mari bincang pasal benda-benda ilmiah. Semester last ini banyak dugaan sangat kot dengan subjek selain Tesis yang jangan di sebutlah. Dengan kursus yang ditawar sedikit lah, clash bagailah memang jiwa suka sangat. Dengan telinga duduk dengar dari senior2 yang kata paper tu killer lah, jerut leher bagailah buat serabut kepala lagi. Nak drop paper yang ini serba salah prospek untuk A cerah, nak ambil yang lain jerut pointer bagailah. Ish, suka betul la kan. Tapi lepas petang tadi aku positif dengan paper Dr Siva, Dr Kamal dan Dr Syakila. Standardlah benda tak belajar lagi memanglah kau nampak susah Amerika Moden tu. Lebih sedikit kelas tu aku hope lebih senang macam kelas Dr Zul Eropah Moden lepas 13 orang pelajar saja. Kita boleh survive kan kawan-kawan dengan Amerika Moden :)

Tolong ingatkan aku yang Ana Raffali menang AJL dan tak payah nak tak puas hati sangat dengan rezeki dia. Macamlah Aizat tahun lepas sedap sangat menang AJL dengan Pergi. AJL semalalam aku layan dekat TV bawah ja dengan kawalan remote oleh Abang Ehsan dengan Syahmi. Konfirm budak-budak bola bengang semalam tak boleh layang game MU - Liverpool sebab semua TV termasuk kedai bawah pasang AJL ja. Rileks la bro, tak tengok pun tau dah yang Setan Merah tu menang punya. Lagipun menang 1-0 ja tak macam Chelsea lepas tu KLASMEN 7-0 you all! .Tolong ingatkan aku juga bila duit ptptPU masuk lewat kena berjimat cermat kawal nafsu yang memberontak nak macam-macam.

Kalau gua dah slumber sporting dah gua cakap "Awak, rasa-rasa kita ni ada jodoh tak..??" Ayat ini untuk yang orang lama dan baru ye cik kak. Hidup kena teruskan ye tak. Cuba selagi yang boleh. Normal la reject tu kan ye. Eleh, eleh, eleh.

Musa Hitam apa khabar? Sorry saya abaikan awak sejak buka sem ni. Al-Maklumlah pemalas #1. Tak apa lepas ni nak seru dah semangat rajin-rajin. Tengah tilik nasib no soalan tutorial dulu. Harap dapat awal-awal demi awak ye. Sayang sangat-sangat tau tak.


OK dah habis dah, serius dah habis melalut ni.






3 comments:

f4nT4gHiro T4r4b4zz said...

haha..i suke entry kali ini..mantopp..jangan tanye kenape...nmpk dah ciri-ciri cmerlang dalam thesis 2..haha :)

noyu aida said...

peminat ana rafali ke ni en bob?hehe

all the best..betol kate kamu..tak semestinya senior kate susa tu kite x dapat score..ikut kemampuan masing2 jugak..:P

Nurul Nadia Lalala said...

melaluttttttttttttt entah ke mane2 dah entry ko !

oi ! nota aku jg baik2 tu ha !