16.12.10

Hujan rintik-rintik di hari Khamis.

Hari keempat dalam A100.

Sebalik tingkap kau akan dapat lihat bilik muzik, kedai fotostat, kedai jahit dan sebaris dengannya. Kau juga akan dapat lihat lalu lintas kumpulan beruk/monyet (sorry aku tak sure mana yang betul spesis berbulu itu) diatas bumbung. Nice kan? Sangat-sangat UM care.

Dari siang tadi hujan turun. Effect? Malas nak keluar bilik, malas nak berhibernasi dekat ppz ataupun utama. Serius dah bosan mengadap bahan bercetak tentang Musa Hitam, UMNO dan apa-apa yang berkaitan dengan topik itu. Bila kau dah buat pasal tokoh ni haruslah interview dia kan, adoilah. Kenapalah otak ni tak waras fikirkan tajuk lain. Buat pasal sosi0-ekonomi pun senangkan. Kau cuma kutip data-data daripada pihak yang berkenaan. Dan kau jugak akan happy melayan karenah birokrasi dan pelbagai lagi masalah. Hidup bukan senang macam ABC, kalau kau nak grad tak mau extend kena survive la jugak. Walhal ini baru thesis peringkat degree. Master level? Tengok rezeki masing-masing macam mana. Lagi tinggi level, lagi tinggi tingkat gaji kan sayang. Sekarang duit itu penting, materialistik bagai.

Malam ini malam jumaat. Ada apa? Orang kata banyak benda-benda tu keluar bersuka ria. Kau percaya sama hantu tak. Aku percaya benda ciptaan Tuhan tu ada. Cuma nasib kita masing-masinglah ada jodoh terjumpa, terlihat atau terasa saja. Orang cakap floor budak perempuan ni keras. Memang pun dah dinding batu. Mintak simpanglah semua ni. Dah, tak mau melalut lagi. Aku pun bukan jenis kuat semangat, dan berani sangat. Tak pasal-pasal demam plak nanti.


Vampire dah mati! Sekian.

2 comments:

Unknown said...

dun wOrry flor ak flor org beriman..keh2x..xde hape2x..hendaknye.. :)

MKI said...

vampire dah mati!