12.8.10

Dah puasa.

Mulakan dengan salam, Assalamualaikum.

Sekarang dah masuk bulan puasa. Dan sudah masuk malam ketiga solat Tarawikh. Rekod kedatangan 2/3 setakat ini sebab malam semalam tertido lepas Maghrib sebab penangan demam yang sungguh shahdu menusuk kalbu dan urat-urat badan. Kakak sudah membebel suruh pergi klinik dating dengan doktor bermotifkan demam dan cuba suruh doktor tengok-tengok ibu jari kaki. Dan aku pun degil tak pergi juga, haish. Sekarang musim demam dan riuh dengan koir batuk-batukan di sana sini. Tak mengapa lah mahu buat macam mana. Tapi janganlah sudah batuk masih terus membakar rokok di bibir kerana soprano batukan lebih tinggi nadanya dan berulang kali dari biasa. Boleh berhenti sebentar sebab kami sayang anda wahai kawan :)

Bila puasa dalam demam selain lenguh sendi badan, sakit tekak, kepala dan seantara aku juga sedar meter marah juga meningkat walaupun dalam mood puasa. Dalam hati sentiasa bengang walaupun sekadar perkara remeh seperti kelas terlebih masa dan mak cik DS masak nasi tak cukup untuk berbuka. Ok yang tu memang kesalahan mak cik kesayangan sebab masak terlalu sedikit, serius petang semalam dalam hati bermaki-maki juga hati kecil aku ini sebab benda macam tu bukan pertama kali jadi. Kami sayang mak cik DS terutama mak cik DS yang "besar sedikit" dari yang lain.


Sekian, selamat berpuasa dan bertarawikh muslimin dan muslimat. Hari-hari sahur maple lingkup juga badan ni, Haish.

Hobi memang suka baca blog tapi maaf saya tidak suka menjadi follower dan suruh orang memfollow :)



No comments: