10.8.10

161.



Hai.

Esok dah start puasa. Cepat gila sedar tak sedar. Lepas puasa raya pula dan aku masih tidak beli tiket Pancaran Matahari pilihan kalbu hatiku. Macam kurang keterujaan nak balik raya memikirkan lepas masuk balik kena submit proposal yang sepatah haram patah perkataan aku tak taip lagi. Aku memang hebat bab-bab pelajaran dan ilmiah-ilmiah ni. Terlintas jugak di fikiran kosong ni kalau terkantoi thesis dan tak grad macam mana. Gila la punya mind set berkata extend setahun semata-mata thesis dan bulan lapan 2011 tengok kawan-kawan batch 2008/2009 grad. Somebody tolong push aku boleh tak?

Maka minggu konvo "Feskum" dah berlalu. Tahniah abang dan kakak seniors yang dah konvo. Jeles dan turut bersemangat tiba-tiba mahu pakai jubah berjalur pink tahun depan. Agak-agak dapat bunga tak muka aku ni tahun depan? OK, saya bukan senior yang "terkenal" buat junior's saya, haish. HAHA, siot la mau tacing pulak. Tapi Feskum tahun ni bagi aku agak hambar dari tahun lepas dan sebelumnya. Feskum masa 1st year aku 2008/2009 serius best bagi pendapat aku. Sebab tu tahun ni aku kurang bernafsu nak berjalan malam ke Feskum, ke gerai La Phewitt pun aku tak duduk lepak makan kerang. Hmmm, entahla.

So, malam tadi aku terjumpa blog kawan kolej aku. Kira ramai juga la yang blogging. Aku memang suka membaca dan membuang masa terutama benda-benda feeling emosi sanubari. Cepat siapa lagi ada blog sila beritahu, aku nak jaga tepi kain sedikit peribadi kalian. Sebab aku tulis blog pun selepas baca blog senior aku masa first year. Dari situ aku rasa macam best dan cuba create THE OTHER VIEW. Url blog pun macam aku nak try tiru blog senior tersebut. AMTHEBULAT, IARE... Ok, tak ada identiti lagi masa tu and pakai hentam je. Thanks pencetus Blogspot dan Tumblr.


TUMBLR hanya untuk girls and motif jiwang? Oh, then aku pun turut berjiwang di ruang sosial sana.
Sekian, selamat pagi. Jangan kantoi subuh naaa.. Peringatan buat diri sendri, SETAN BETUL!


2 comments:

Z a F said...

LoL. Peace yo :))

*bulan ini bulan emo.sekian :'((

Anonymous said...

jangan lupa buat THESIS!
jangan beraya sakan taun nih. HAHA

Selamat Berjubah berkolar pink!

akhir sekali,
SELAMAT BERPUASA,encik fotogenik :D