6.3.09

Kisah buku dan scanner.

Pagi Khamis itu di kejutkan oleh call dari si Yuyu untuk pergi library. Motifnya nak cari buku sebagai bahan untuk presentation asia timur. Memang aku SUKA sangat free Thursday ni awal2 pagi dah kena pergi library. Hanya kami berdua sahaja, si Anuar hilang ntah ke mana dengan alasannya. Di pendekkan cerita 10 buku telah di pinjam atas nama aku di sebabkan akaun si Yuyu kena block sebab tak hantar buku pinjaman yang sudah tamat due datenya. Kerana sudah lama tak masuk library, aku tidak tahu bahawa kena servis layan diri bila nak pinjam buku. Al-maklumlah sem lepas kena masuk tempat ni selalu pun sebab ada KKM. Macam orang bodoh ja masa itu scan buku nak pinjam tak betul. After try banyak kali beserta kegigihan akhirnya berjaya jugak, well done!

Tatkala hendak keluar bersama buku yang di pinjam, scanner library itu berbunyi, lalu semua manusia di sekeliling memandang kami dengan muka kehairanan termasuklah si penjaga keselamatan. Dengan muka serius di panggilnya manusia berdua ini ke kaunter masuk lalu di periksa buku2 yang di pinjam dengan andaian bahawa ada buku yang hendak di seludup. Setelah di semak semua buku yang di bawa keluar sama dengan resit pinjaman. Persoalannya, mengapakah scanner itu berbunyi ?? Kami tak bersalah encik !! After keluar dari situ manusia berdua ini melepas gelak ketawa yang di simpan memikirkan perkara yang telah berlaku semasa dalam bangunan buku-buku tersebut. What a day. Natijah dari semua susunan ayat-ayat di atas - Rajin-rajinla bawa diri ke library selalu. Sekian.

1 comment:

mint heartnet said...

giler malu..