28.7.12

# Karangan Bulan Puasa

Ramadhan 8 , Assalamualaikum.


4 permulaan puasa aku berRamadhan kat rumah . Apply cuti habiskan saki baki AL .Hujung bulan kontrak habis then tak silap dapat renew . Oh ya, aku juga dapat Best Performer CSE bagi bulan Jun dan bos bagi voucher AEON RM60 hengget . Voucher tak penting janji dapat sijil tu yang mahal nanti boleh lekat dekat resume kalau nak apply kerja dekat lain .

Tarawikh . Aku ngaku tarawikh aku tenggelam timbul. Banyak sifat malas dan penyegan macam setan dok rasuk tak payah turun masjid. First tarawikh pun malam ketujuh dengan masjid kat rumah PPR ni . Gila apa tok imam dan tarawikh dia laju macam pelesit bacaan jika nak compare suasana tarawikh dekat kampung aku. KL, semua nak laju semua nak cepat. HAHA.

Sahur, berbuka. Sahur kat rumah best, makan nasi. Lepas balik KL sahur makan roti. Sahur sendiri2, bangun sahur ada yang goreng telur makan dengan roti. Aku malas buka mulut sumbat roti Gardenia saja. Gila apa sahur semalam bangun2 tengok tak da pa nak makan sebab lupa beli roti pastu telan air kosong saja nasib baik maintain ja siang tadi . Bab berbuka plak kalau kat rumah awal puasa hari tu tunggu mak gua ja masak, apa yang dia masak belasah ja makan. Serius gua ni bukan kaki bazar sangat. Kalau pi bazar pusing 2, 3 kali tak tau nak beli apa pun lagi alih2 balik tak beli apa. Motif tak baik turun bazar usha awek2 berbazar, kahkahkah. Kat rumah sewa kalau dapat buka kat rumah budak2 rumah serang masjid saja makan free. Sasaran minggu ni tengok asyik dok serang masjid TNB saja, makanan pun sedap2 masjid tu hidang lepas tu alang2 maghrib berjemaah ye dak. Dan tadi first time aku buka puasa time jawab call. Nasib baik time buka tak da call masuk. Sambil dok makan tekan mute dekat headset. Not bad la berbuka dekat time kerja, boleh buka ramai2 then boleh hidu macam2 makanan dekat office and macam kat bazar la plak, adoila berbuka.

Raya. Cuti raya dah apply seminggu tapi nampak cara macam peratusan beraya dekat tempat kerja tinggi saja. Gua ok saja, gaji triple (cover bagi sedap hati). Lagipun aku dah cakap kat mak raya ni tak tentu boleh balik ke tak, hurmmmm sabar je la demi sesuap nasi.





Ok melalut, selamat bersahur naa sayang !
# Best jugak layan video mamat Arab atas ni .

1 comment:

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin