10.11.11

# 245

Esok 11 bulan 11 tahun 11. Dan umat manusia di alam maya akan confirm post pasal benda ni, tak percaya?


Lokasi Kedah dan dalam rumah ada 2 ekor anak kucing baru yang jadi peneman mak aku. Ada lagi 2 ekor kucing jugak tapi jenis takut dengan tuan dia ni susah. Dan bila kau ada kucing betina tua yang selalu gatal maka bertambahlah spesis itu dalam rumah. Jenis kencing dan berak dalam rumah memang buat hati nak sepak terajang. Ok, tak baik makluk Tuhan.

Kira-kira sebulan lepas graduasi 710. Aku malas menaip dan memuat naik gambar pasal event tu. Gambar pun tak banyak. Yang penting ada gambar dengan mak. Ya, sekarang aku berlokasi di Kuala Lumpur cuba nasib cari rezeki cari duit senangkan diri dan mak dekat kampung. Moment terindah dan bermakna bila besar kau boleh bagi duit dekat mak tiap bulan ringankan beban. Baru terasa betapa perit nak cari duit. MKI, sila jangan boros dan cepat mulakan revolusi L !



Ok, intake untuk Master sem depan duedate 2-12. Rasa macam nak sambung, rasa macam malas nak sambung. Lima puluh lima puluh aku boleh cakap. Kalau sambung kena pakai duit lagi, kena apply PTPTN tu lagi. Untungla kalau dapat biasiswa tak payah dok risau pasal duit. Kalau di sambung pun lepas ni rezeki macam mana, nak kerja apa? Persoalan masihkah ada minat lagi aku ni nak ngadap bahan-bahan ilmiah tu? Kalau sambung boleh balas dendam untuk buku hijau Musa Hitam yang dulu.



Sekian. Lain kali ada mood aku post lagi. Malam ni layan Klip 3GP, terima kasih muat turun haram.

No comments: