14.3.11

Tick Tock!

Dan aku asyik lihat kalendar di dinding. Yang aku conteng dengan tarikh-tarikh sakti dan keramat. Yang aku conteng buat aku ingat. Yang aku bulat dan bintangkan dengan ulang tahun kelahiran kerabat sahabat dan jasad tersayang. Aku sedar, aku lemas paras leher. Tak nak dengar sangat peribahasa si rakit dan sakit. Padan muka.

10. 11. 12. 13. dan 14. Selepas itu jackpot! Bagi aku pelambung dan tangki oksigen, aku perlukannya. Laman sosial amat mengkhayalkan dan itu fakta. Nafsu oh nafsu, aku tewas. Selamat tinggal untuk kebaikan. Arghh, cakap tak serupa bikin.

Siang nanti sedekah duit dekat Encik Ali dan Apek kedai moto. Rezeki kau oranglah. Yeah, LCW menang, tapi jangan harap Najib nak bagi cuti. Alah sama je kelas aku pun satu je nun jam 12 tengah hari tu.


Ok, bye!

No comments: