30.3.11

APK Refresh.

Hari ni dan esoknya APK. Budak-budak kursus ni jadinya akan berjualan dekat sekitar KPS dan Gazebo sana tu. Time ni la boleh tengok gelagat dan macam-macam jenis benda dijual. Aku dah lepas masa zaman first year dulu lagi. Siap dapat skor A lagi, riak tak bertempat.

Ingat lagi masa APK dulu kuliah dekat APM atas bukit sana tu hari Jumaat pukul 8 pagi. Faham-faham jelah kelas awal. Banyak kali gak terbabas dan malas nak panjat bukit sana tu. Puan Pomala yang ajar time tu. Gila strict. Siap nak bar lagi budak yang kerap ponteng dan suruh kawan sign. Terkantoi makan tak sudah brader.

APK dulu group kami jual Donut Big Apple. Tak silap aku ambil bisnes plan dari group APK Mint Salvatore sem sebelumnya. Modal sorang keluar RM 5o. Untung sorang-sorang lepas tu dapat sebungkus nasi lemak mapley dan sebungkus milo ais. Kau ingat projek Gerai Konvo ke nak untung banyak-banyak siap boleh pi Pangkor sana tu.

Ni la muka kumpulan APK aku dulu. Gerai pun dah lupa nama. 2 tahun punya kisah dah ni bhai. Eh2, ada muka Presiden Kolej dan abang Soletip Hitam lah. Ok, kenangan. Klik sini untuk entry APK 2 tahun lepas. Hurmm, gaya penulisan dah tak sama. Makin bosan ke best dibaca aku sendiri pon tak sure. Sila judge.



Ayuh membuang duit sekitar KPS dan Gazebo.

1 comment:

Anonymous said...

aku pun grup dengan amin..hahaha..

*gadis chelsea*