Kata orang hidup kena maju ke depan. Perkara lama jangan dikenang. Dah tak ada guna nak sesal.
Kalau ada mesin masa.
Kalau ada mesin masa.

Aku tak mahu mengubah perkara tentang akademik. Sebab aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sampai kini. Zaman muda sekolah dulu pandai, rajin dan gigih. Masuk belia remaja malas. Aku tak menyesal. Sebab aku boleh jejak UM ni. Universiti yang banyak pakai duit. Syukur sebab tak masuk Universiti lain yang perlu tatacara dress up formal sepanjang masa. Tak ikut kena saman dengan guard. Tapi di sini bebas. Kau boleh buat apa yang suka tapi jangan lupa diri sudah.
Kalau ada mesin masa aku nak balik ke zaman peralihan dari sekolah rendah ke menengah. Zaman rumah tak ada Astro dan mak tak pakai kereta lagi. Kalau boleh ubah yang lepas aku nak selamatkan persahabatan ketika itu. Aku tak mahu renggang dengan kawan sepermainan. Zaman sama-sama mandi air parit, main gasing, dan main bola sepak dekat padang. dan macam-macam lagi. Padang bola dulu dah jadi taman perumahan sekarang. Pokok-pokok manggis yang banyak tepi rumah dah jadi rumah mak cik sekarang. Ingat lagi masa dulu bila malam 7 likur semangat pacak pelita dekat pokok manggis. Kumpul duit beli mercun mancis, bola, dan tengok kawan main meriam buluh. Indah zaman dulu. Tapi sekarang dah tak macam tu lagi.

Pak Long dah mati.
No comments:
Post a Comment