31.1.11

Aku tiada tajuk spesifik nak letak.

Ikut jadual semester UM 29.1 -> 6.2 cuti mid sem. Aku cuti dekat bilik D208 saja. Secara halal dan sah dengan orang pejabat. Nanti akaun masuklah RM58.50 untuk 9 hari. Tak larat nak main aci sembunyi kalau ada spot check tiba-tiba. Sedekahkan saja duit banyak tu.

Before nak stay masa cuti dulu tak silap Khamis plan nak buat loan dengan Pok Li RM50 macam tu takut duit PT masuk lewat. Tengok Jumaat dah masuk PT so cancel la. Selamat hidup ni. Jadi hari Sabtu memboronglah sikit barang rumah dengan Mohd E dekat Mydin "Mengapa bayar lebih~". Agak boros jugaklah sedikit. Nak belanja lebih serba salah sebab akaun tak menentu. Lebih banyak dalam akaun Bank Islam susah hati, kalau sedikit nilai RM pula maki-maki. Dalam seminggu sudah 2x belasah KFC. Kata nak diet tapi fail sangatlah. Sedih sangat ni. Euwwww. Nak kena restart baliklah untuk cuti mid sem ni.

I'd eat a block of chocolate, 3 slices pizzas and one big pack of chips in less than half an hour..then I'd cry over it~ :( -Shafina Tantiana-

Orang semua balik kampung tapi aku tak balik. Bulan 5 habis study nanti baru balik. Berkorban katanya gigih siapkan Thesis. Dah dalam kategori lemas dah aku ni. Rabu lepas janji dengan Puan Mardiana penyelaras Thesis buka cuti 6.2 nanti nak submit bab 1 dan 2. Dulu janji submit bab 1 tapi tak pun. Oh Tuhan! Papa Jo buka sem ni sekali pun tak jumpa berdating tanya khabar. Alahai, bengang mungkin dia dengan aku. Hope cuti ni bab 1 wajib siap, bab 2 kalau tak dapat submit 6.2 pun harus 80% siap. Dan tak lupa kena dan wajib hafal map USA untuk test buka cuti nanti.

Sangat gigih betul! Sekian.


Kau orang semua rasa blog ni sampah tak?

No comments: