5.10.10

Bebel

Kalau Blog kosong ni di link dekat MukaBuku agak-agak kawan rakan di alam maya tersebut nak view tak? Maaflah, blog ni plain dan merapu saja.

Hoi, dah masuk 2 minggu kot. Nak online kat bilik sendri pun tak dapat-dapat lagi. Yang Berhormat sekalian tak mahu selesaikan masalah ke? Tanggungjawab YB mana? Maaf, saya tak pandai bab-bab ini. Ini kebajikan kot. Tak kan la nak online sekejap kena angkut laptop naik atas DS, dataran sana dan merantau ke fakulti (motif laju sedikit). Entah-entah nanti semua muka JTK dekat board sana tu kena toreh dengan manusia yang geram tak tentu pasal. Muka sorang dah kena toreh, ish tak patut dan tak bersivik betul. Dah la malas nak melalut dan mencarut tak tentu pasal. Nanti cakap pandai complain ja, so what? Hak kan bayar yuran sama mahal.

Esok hari raya, eh2 jamuan raya kolej 4. Semua pelajar di minta membawa kad makan dan bekas makanan bila dengar pengumuman petang tadi. Ha? agak-agak kot bhai kalau nak UM CARE sangat. Dah macam budak-budak beratur nak ambil makanan lagi, sabar je la dengan kemahuan tersebut. Agak-agak ada tak Anugerah Bekas Makanan Aidil Fitri Menarik?? Abaikan je la, yang penting malam esok harap langit cerah dan tak menitiskan air mata, Aminn. Jangalah jadi macam event KSB dulu dalam hujan.

Sekian bebelan. Mahu jadi rajin terpaksa cari bahan untuk pembentangan dan esei yang berderetan start minggu depan. I'm loving it la dapat nombor giliran yang akhiran semua. Lagi satu minggu depan dah tak boleh suka hati ponteng kelas LI sebab dah start present proposal. Penyelia style nak panggil nama secara rawak, betul-betul kejutanlah.!!


TATA.

No comments: