10.9.10

Raya

Dedikasi/Ucapan :

Syukur kepada Allah sebab diberikan peluang lagi menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Moga tahun depan dapat ku jumpa lagi dengan Ramadahan. Bersyukur juga aku masih bernyawa pada 1 Syawal ini tanpa sakit badan dan sihat walafiat, moga di panjangkan lagi usia hambamu ini. Amin.

Mohon ampun maaf kepada kedua ayah dan emak di rumah atas segala pengorbanan besarkan anakmu ini. Pengorbananmu sangat besar tidak terbalas. Raya ni ayah di beri lampu hijau oleh pihak Hospital untuk beraya di rumah, Isnin nanti akan check in kembali di sana. Harap darah dalam badan ayah cepat cair dan tidak terus lagi membeku. Tahun ni ayah dapat banyak duit raya ye, HAHA.

Kepada rakan/sahabat/teman/kawan di ucapkan selamat hari raya. Kepada yang rajin menghantar/memfoward mesej raya di ucapkan terima kasih sebab ingat lagi. Sorry tak balas sebab malas, haish! Buka cuti jangan lupa kuih raya. Makan-makan tu jangan sampai tak ingat dunia pula.

Kepada tailor baju melayu yang di kasihi, terima kasih. Terima kasih sebab buat baju melayu warna purple aku silap. Seluar yang di buat sangat fit. Aku tak faham la macam mana kau menjahit, dah la kau kebas RM90 untuk upah jahit, rugikan kain aku ja. Ok, aku faham aku slim. Padahal baju lama-lama aku dulu lagi sedap pakai sampai sekarang. Tak lupa juga di ucapkan kepada si tailor langsir yang silap juga menjahit langsir, ciss tak pasang langsir baru tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA dari saya MOHD KHAIROL IDZHAM @ Bob / Pak Long atau apa-apa sahaja nama yang kalian panggil aku ini. Maaf Zahir Batin.

Ok, cari tiket balik Varsiti minggu depan.

No comments: