5.9.10

Nak balik Jitra


Di kala menaip entri ini diri di perantauan sedang menunggu teksi yang datang membawaku ke Hentian Duta. 2 beg je bawa balik termasuk laptop, tak usah banyak-banyak. Ok, sediakan RM20 sahaja di situ sebagai wang pertaruhan teksi. Oh Pudu cepatlah siap, sangat rindukan kesibukan dan dekatnya lokasimu dari sini. Flight ke Jitra pukul 12 tengah malam, memang saja cari tiket lewat nak rasai balik lewat. Lepas ni tak mau dah balik lewat sangat, nasib baik bulan ni bulan mulia. Senyap, sunyi dan spooky dowh dekat floor ni. Lagi spooky aku dapat rasa kalau di block gender lain tu.

Sekarang zaman moden. Memang susah nak dapat kad raya yang yang retro. Masing-masing dekat laman sosial asyik tag sahaja nama kawan di "Kad Raya". Ok la tu tanda ingatan, tapi bagi aku menyemakkan notifikasi saja. Malas sangat aku remove tag sahaja, sorry tak minat tapi terima kasih ya :) Btw, dapat 2 kad raya retro tahun ni. Thanks ya dan sorry tak sempat balas, jangan kecik hati ya kakak. Nanti ada duit lebih belanja burger abang Clown. Haha.

Cerita pasal proposal Thesis, Khamis lepas aku baru jumpa Papa JO pertama kali sejak buka semester ni. Bapak punya teruk gila aku. Dah la satu apa tak buat, slumber je gi jumpa dia dan faham-fahamla kesimpulannya. For now, ulasan kajian baru dapat 2 dan perlu lagi 3. Adoi, buku apalah aku nak review lagi 3 tu. Maybe kena balik sini awal kot nanti beriadah di PPZ, oh sangat bajet la sangat! Demi graduasi, semangat2! (tiru nada orang BP).

Ok, dah panjang kot rasanya menaip. Malas tulis meleret-leret, ada orang baca?
Selamat Hari Raya dari perantauan, pagi esok sampaila Jitra. Tata Bestari, Varsity. Gua away dulu~


* Baju Melayu raya warna purple, anda?

No comments: