22.8.10

Dugaan.


Manusia itu adalah pengukur bagi segala sesuatu, Revolusi Perancis.

Hai, hari ini adalah Ahad dan esoknya permulaan minggu keTUJUH. Sudah nak dekat cuti raya dan lepas itu bermulalah cabaran sebenar kehidupan varsiti. Esok aku genap 22. Tiada apa-apa dengan hari tersebut sekadar pada hari tersebut wall FB akan penuh dengan ucapan, tekan LIKE sahaja maybe kalau aku malas sangat.

Tadi mak call. Selain bertanya duit cukup atau tidak, perkhabaran yang tidak enak di beritahu. Ayah masuk wad balik. Kali ini sebab seperti kena stroke, badan tidak bermaya lesu. OMG, lagi sekali dugaan yang menimpa. Mak sangat tabah orangnya tatkala bulan puasa ini dengan mencari rezeki menjual kuih petang hari di bazar Ramadahan di tambah pula dengan keuzuran ayah. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala kesulitan yang menimpa keluargaku ini.


23 Ogos - Selamat Hari Lahir MOHD KHAIROL IDZHAM.

2 comments:

Anonymous said...

bertabah ye encik bob. InsyaAllah semua akan berjalan dengan baik. Semoga Allah permudahkan segala kesulitan di bulan ramadhan yang mulia ini.:)

Anonymous said...

Anyway, nak cakap sekali lagi, Selamat Hari Meningkat Usia :D