17.7.10

Bila dah masuk Final Year.

Hello. I'm your 3rd year senior.

Fuh berhabuk macam bilik aku yang di masuki debu habuk dinding renovation. Sakit telinga, sakit hati, sakit tekak semua ada macam pakej. Time-time ni la nak buat renovation toilet, masa cuti dulu tak pulak. SUKALAH sama kau pihak pengurusan. SAYANG sangat-sangat. Memang TERBAIKLAH jaga kebajikan student. Aku rasa aku ada hak kot nak membebel macam ni. Am I right Honey??

Seminggu di kolej Bestari, berulang kaki ke Fakulti, menunggu bas di Jumaat tengah hari. Dapat bilik ok la, teman sebilik baru sebab yang lama nak teman yang baru. Janji masing-masing happy sudah. Kita tak boleh nak buat orang suka kita atau nak paksa. Ada mata dan telinga pandai-pandai pikir sendirilah. Tuhan dah bagi akal tak macam lembu yang meragut rumbut.

20 jam aku ambil sem 5 ni. Last sem nanti 12 jam boleh rileks sedikit nak settlekan Thesis yang sepatah haram aku start apa-apa lagi. Kawan-kawan lain dah banyak loading tapi aku ni tajuk yang pilih tak tahu arah tuju nak tulis apa. Kau kenal itu Musa Hitam sayang?? Thank You la Dr Jo sebab cadang tajuk macam killer ni pasal tokoh. Nak fikir tajuk sendiri tak ada idea sebab lembab sikit aku ni. Sebab tu nanti grad tak boleh capai 3.5 pointer dan dapat biasiswa sambung Master. Dapat kerja sudah la bagi mak ayah aku duit dekat kampung nanti.

Cuti-cuti makin comel, haish susah la macam ni. Aku rasa tak perlu kot seksa diri kalau nak kurus dengan tak sentuh nasi sampai badan tak ada tenaga. Kerja bodoh lah. Aku cakap sebab dulu aku pernah buat tahan makan tak naik DS ikut kawan-kawan dan paksa diri Jogging. Ish, lantaklah janji hati aku senang.



Rasa macam nak delete ja benda Blog ni. Entahlah. NOKTAH!.

1 comment:

ashMia said...

saya suka blog ni..boleh request jgn delete?:P