2.9.09

Seratus 52 dan 19.


Ini entry ke 100. Ogos sudah berlalu, Malaysia sudah 52 tahun Merdeka. Merdekakah diri kita semua? Mau fikirlah sendirilah oi. Floor D200 dapat no 2 pertandingan Floor Merdeka. Hebat juga tangan lelaki menghias ye cik adik, gadis, di block sana.

Projek SUTERA dah start Khamis lalu. Teknikal aku rasa tidak lancar. Ya, aku budak baru dan masih tak mahir dalam selok belok benda ini. Kepada yang membantu arigato banyak-banyak aku ucapkan. Apa yang dapat di lihat, sungguh susah kalau nak mengajak orang untuk turun sertai program yang berbentuk keagamaan. Kalau hiburan cepat sahaja. Hakikat manusia katakan. Kita tengok sajalah hujung minggu ini macam mana. Aku tak cakap aku baik sangat pon. Tak ada guna juga kalau nak buat baik tapi tak iklhas.

Semalam aku ponteng 3 kelas. 1 kelas kantoi, nama di panggil. 2x sudah aku kena, wanted list nampaknya lepas ni. Apa nak jadi dengan aku tak tau la. Esaimen bertangguh tak mau settle cepat-cepat. Bilalah aku akan Merdeka dari sifat ini? God, help this soul!


Budak itu bernama MOHD ADLI AKMAL. Hari ini dia genap 19 tahun. Dia smoking, aku clean lagi. Bawa-bawalah berhenti cepat. Kami suka bertengkar, tapi kami ok. Dia keras kepala, macam abang dia jugak kot? Entahle. Adik beradik katakan. Moga budak itu berjaya dalam hidup dia. Happy Besday brother! Jaga mak ayah di rumah elok2.




2 comments:

Anonymous said...

tkut haku tgk adik ko..muke die lg bengis + grang dari ko..sah ko kene buli kat die

mint heartnet said...

your brother's name is like a mutual name of my roommates.
hahahaha...
akmal and adlie..