12.8.09

Bukan Diari OK!


Study itu belajar. Permulaan semester semangat. Mahu rajin selalu, tak mau malas. Ye ke? Tapi aku rasa semester ini aku sudah terbabas dari landasan. Rajin ponteng kelas pukul 9 pagi Prof Abdullah, haish nasib baik itu kuliah. Sedap lagi terbaring atas katil dari ke DKE. Nota di salin atas kertas, hilang tercampak ke mana tidak tahu. Kadang-kala tak ada kertas melopong sahaja. Ya, tidak sistematik. First presentation hari itu buat sambil lewa. Copy, edit, modify sahaja dari handout kawan yang sama tajuk. Fakta salah tidak dapat di elakkan. Nasib baik Prof Kamal tak ada, kalau tak habislah kena hentam. Apa nak jadi wahai saudara.

Tatkala ini 2 keping RM10 sahaja berada dalam saku. Tak mahu cucuk-cucuk lagi. Sudah terlebih cucuk minggu lepas, jangan tanya sebab mengapa. Boleh hidup lagi kot sehingga Jumaat ini. Nasib baik hal tiket ke Kedah sudah settle. Jangan boros wahai saudara. Mak cik DS sentiasa merindui kamu makan di atas, rajin-rajinlah menaiki tangga ke sana.

Feskum dah mula. Seingat-ingat aku, tidak lagi menghabiskan wang ringgit ini di La Phewitt. Kena support projek teman sebilik, wajib! Meriah juga tengok mereka semua berLa Phewitt. Tapi apakes aku rasa macam tak meriah Feskum kali ini, mungkin baru permulaan.

Habis cuti mid-sem bermulalah SUTERA. Hope semua berjalan lancar. Saya budak baru belajar, kalau tak pandai sila ajar-ajarkan. Harap rajin bertarawikh la Ramadhan nanti, bila lagi nak berubah. Terasa macam kiri lebih berat dari kanan sahaja, entah. Sekian hentakan papan kekunci. Noktah!


Hai 3200, kamu sudah ada adik baru!



1 comment:

Unknown said...

ape kes pic otak2 yg sye mkn smlm ader dc2...erkkk