11.5.09

Post cyber cafe.

Oh, dah cukup seminggu berada di Kedah Darul Aman. Terasa rindu pula dekat Bestari di sana, rindukan waktu tengah harinya di dewan santapan dengan menu nasi goreng istimewa. Terfikir sekejap, adakah menu tersebut akan ada lagi semester depan. Hmmm, memang suka-suki, terima kasih pentadbiran Bestari sebab pandai gunakan duit yuran yang di bayar dengan sewajarnya. Kami sayang kamu semua. Bermulanya semester depan aku akan berpindah floor naik setingkat ke floor 200 bersama roommate baru. Ex-roomate 1st year aku Radzi turun setingkat ke floor 100 manakala John sudah menjadi alumni Bestari bersama Mat. Selamat tinggal kawan~ Dah, berhenti berbicara mengenai kehidupan Bestari kerana sekarang masa kita enjoy. Cuti itu Holiday ye!

Semalam 10 Mei, Hari Ibu. Sekalung ucapan tak terhinnga di ucap kepada Asma Binti Kassim di atas jasanya yang membesarkan Mohd Khairol Idzham & Mohd Adli Akmal. Maaf, tak ada hadiah ataupun sesuatu untuk di berikan tetapi kami amat menyayangimu. Semoga usianya mak di panjangkan Allah supaya dapat di balas jasanya, walaupun semuanya tak akan terbalas. Harap di ampunkan dosa kalau cara anakmu ini meyinggung perasaan.

Driving itu memandu. Memang best kalau boleh drive kereta & apa2 yang berkaitan dengan roda. Nak drive di jalan raya Malaysia ni perlukan lesen yang sah, kalau tak ada surat saman la jawabnya. Aku memang dah ada lesen penuh bagi kelas B2 dan D tetapi untuk kelas D aku jarang aplikasikannya. Kadang2 macam terasa fobia nak drive sebab dah lama tak memutar stereng bulat itu, oh memalukan!!. Time apply D dulu aku kena test QTI 2 kali sebab yang 1st kantoi bahagian jalan raya, oh memalukan lagi sekali!!. Tapi nasibla test JPJ aku sekali ja. Positifla diri, driving tu senang ja, tak akan terlanggar punya objek2 di jalan raya semasa driving. Lagipun tak gunala kalau dah dapat lesen tapi tak guna untuk driving, aduhai..Semangat2!!

Tamat di sini taipan aku. Fokus utama cuti semester, cari keja dapatkan duit untuk enjoy semester depan! FIN. Oh, masih tak dapat lupakan kamu R, tak akan aku lupakan.

Terasa jeles pula dengan penunggang 135 LC. Vavila aku nak satu jugak!! Hari ni besday UMNO ke 63, ada aku kisah? 16 Mei ini pula hari Guru, macam-macam sungguh hari dalam bulan Mei ini.

Noktah.

1 comment:

Angin a.k.a Yuyu Esumi a.k.a Hang Lipo said...

hahhah...bob memg nasi goreng istimewa..muka ni dah rasa cam nasi goreng plak...