27.3.09

Menaip


Ok. Terasa seperti ingin menaip sekejap. Picture di atas tak ada kena mengena langsung. Sekadar hiasan. Tatkala aku menekan keyboard ni aku baru lepas balik jogging di pagi Jumaat dan skip training PM aku. Ya, aku ada isi borang PM. Macam sial betul tindakan aku ni. Aku terjaga pukul 6 tadi tapi ambil masa lama dalam toilet kerana urusan sulit birokrasi berlaku. Masuk sahaja dalam bilik untuk Subuh jam dah pukul 6.35. Nak turun PM ka tak bermain di fikiran otakku ini. Malasla aku nak turun, lalu dengan slumber gi turun jogging. Time aku lalu di basket ball court, PM2 wannabe sedang lakukan lompat bintang. Teruskan usaha2 kalian wannabe. Budak perempuan ja banyak turun, budak lelaki banyak berselimut lagi atas katil. Normal la tu.


Petang semalam APK. Donut2 Big Apple habis jugak di jual. Untung atau tak lain kira, yang penting duit modal RM50 kami nak balik. Sungguh meriah suasana semalam, macam2 benda yang di jual. Tak semua donut habis di jual sebab ada yang rosak sampai 3, 4 kotak juga. Rugi banyak RM dah kat situ. Kepada gerai yang menggunakan elektrik kelmarin memang malang la sebab banyak kali shock! Simpatiku untuk kamu semua.


Esok kelas ganti Nihonggo, aku sungguh benci. Kem belia tak boleh join sebab kelas sok. Kejam betul siap kena warning kalau ponteng tak akan lulus final nanti. Tewas jugak kami dengan ugutan JJ ni. Bayangkanlah kelas dari pukul 8~12 lebih. Otakku akan kacau lepas tu. Lulus punya pasal postif thinking ja la. Sekian nukilan, FIN.





** 1/4 - Reformasi. Oh tidak!!

** She's join PM too??

** Nak bagi present ka tak?

** Poket aku makin bocor!


No comments: