1 Bulan 5 semalam ucapkan selamat hari buruh kepada diri sendiri yang sudah bekerja cari duit unuk hidup atas muka bumi ini.
Cuba lihat kalendar dan hari ini hari 2 bulan 5. 3 tahun lepas pada tarikh ini amat bermakna. Dan masih ku ingat tak aku lupa hingga kini. Arghh itu tinggal kenangan sebab sekarang aku sudah bebas dan belenggu itu jika dibanding 2 tahun yang lepas. Ya aku sudah bebas dari memori itu, tahniah Pak Long. Well done Bob !
Oh ya tentang masa kini dan sekarang. Aku selesa dengan sekarang. Kau pergi kerja, cari duit, habis duit dan dapat tolong mak bapak dekat kampung. Fuhh rasa berguna seketika jadi manusia. Keja penat stress sana sini dapat duit bayar hutang piutang sana sini. Bercakap aku pada diri sendiri bilalah tabung simpanan mahu terisi. Habisla masa depan aku nanti kalau masih tak berubah dari masa kini, mati! Oh ya genap 15 bulan 2 nanti genap kali keempat aku makan gaji keja ini. Tak sangka boleh bertahan jugak aku dengan keja tadah telinga dengar orang maki tiap hari :)
For now aku berbelah bagi. Come on la Bob benda tu hanya sekali, entah bila lagi kau dapat pergi. Duit bila2 boleh di cari kan?
*Tatkala aku habis post ini, dekat luar sana hujan still lebat basahi bumi KL. Dan pada masai ini jugak aku masih kecewa tak dapat lagi tengok The Avengers T_T
No comments:
Post a Comment