Aku tekan dan dial nombor Maxis itu lalu nada dering pemanggil Jahatnya Kamu bermain.
Lalu diangkat, terubat rindu. Kata mak mengapa lama tak call. Aku membisu.
Mendengar suaranya buatkan rindu aku makin tebal. Lamanya jumaat nanti, lamanya nak tunggu.
Perbualan pendek : si Mak Ndah orang kampung sudah tiada. Telefon mak hilang dan kebiasaan kesusahan hidup dibelenggu dengan masalah ringgit Malaysia. Aku sebak. Barang kemas yang dipajak perlu di ambil semula, lalu mak cakap pinjam dulu dekat si Tok Wan.
Sebak, aku dengar.
Aku berjanji, aku berniat : Sahaja aku bekerja mencari rezeki yang halal sebagai operator untuk membantu mereka di kampung. Aku berjanji akan tahan tekanan dan terus berjuang untuk mendapatkan note-note RM.
Dan juga sekarang aku cuba mencari kamera yang boleh dipinjam dari mereka yang bergelar kawan. Fakta : jarang sekali aku rekodkan gambar keluarga buat kenangan. Tiba-tiba aku terdetik mahu rekodkan. Sedang cari dan mencari.
Hijau kuning aku rindu, hujung minggu aku tunggu !
No comments:
Post a Comment