6.10.11

Pra-G.

Mula.

Aku akan bergraduasi esok hari. Segulung ijazah akan aku terima dari si perempuan berjawatan itu. Sorry aku lupa nama dan malas nak google. Arghh pedulikan, ini bukan penulisan kertas jawapan peperiksaan yang mahukan fakta dan sokongan lain. Apa aku rasa 24 jam lagi kira2 berada dalam pentas DTC? Secara seriusnya selain gembira dan teruja aku turut rasa . . . Ok, aku tak tahu macam mana nak definisikannya di sini. Apa yang penting aku harap tidak selekeh di hari jumaat itu dan tidak buat silap dan mengalami tindakan refleks yang tak di ingini. Doa ku banyak-banyak semuanya A perfecto !


Kiranya nak masuk 2 minggu aku di sini lari dari bumi Jelapang padi. Terima kasih kepada yang bagi menumpang bilik di sini. Tiap-tiap malam ketawa hilangkan tekanan yang selama ini aku lalui. Ya, aku happy seketika 2 minggu di sini. Dan lepas ini apa jadi?

Cerita pasal jubah. Saiz aku 2XL. Hey jika kau lihat sangatlah labuh sampai paras buku lali. Dua kali aku tengok dah macam baju pengantin perempuan, macam haram. Dan aku dengan suka hati campur konfiden terus hantar kedai alter. Jeng ulang 3 kali jubah yang labuh tu kembali normal macam manusia yang lain. Tapi pelik sama paras dengan lutut plak, oh habis. Susah kalau jadi spesis gemok pendek ni. Redha je la. Dan aku juga masih tidak lihat gambar aku berjubah pra konvo. Sangat jeles la cakap sama kau tengok mereka dan mereka bergaya bergambar dengan baju kembang tu ke sana sini. Klasss kau Kori dah bergaya sampai ke KLCC.


Aku dah mati idea. Lain kali lah kau semua baca yang baru ya. Maybe cerita pasal surat dan berbau feeling, lantak la. Assalamualaikum.






Tamat.




No comments: