29.3.11

12

Dua Belas.

Banyak lagi dokumen kosong tak bertaip. Mampus. Otak sekat. Tu la pasal kurang buat amal jariah sangat. Kan Tuhan tak nak tolong bukakan pintu hati sedikit.

27 bulan 3. Dah selesai berarab celup dekat hotel sana tu. Ok la dah final punya dinner zaman student kolej ni. Lepas ni dinner korporat pulak kalau ada rezeki. InsyaAllah matlamat dan angan tu penting. Malam tu semua kacak dan cantik belaka si putera dan puteri. Melaram sampai tak dikenal pun ada juga. Susah sepasang bola mata ini meneka gerangan siapa di sebalik mekap yang berseni.

Malam itu berbaju kemeja kelabu yang terjumpa mana entah dalam loker dan seluar coklat harian ke sana sini. Berkasut pula cap Tiger pinjam dari si Nuar Dikir lagi. Hurmm, selekeh. Sebab tu macam kurang confident diri, katanya. Tapi betul. Malu berada di Hotel Lagenda sana selama 5 jam. Oh ya, terima kasih kepada saudara Fazli Hafizi sebab pinjamkan handy cam. Tapi malam tu tak semangat nak rakam gelagat dekat sana. Ok, nak delete la semua rakaman tu. Nak buang semua kenangan. Hurmmm.


Mati idea menulis. Lain kali sambung. Bai ~

1 comment:

YUYU ESUMI ユ ユ 江角 said...

bob xsempat amik pic ponn :(