3.2.11

Lompat si Bunny lompat.


Hai adik manis. Cute tak gambar makhluk dekat bawah ni? Sekadar lampiran . Tidak berkaitan dengan isi kandungan penulisan. Kalau ada warna pink kan lagi jambu ye tak?

Ok, let's start melalut dan merapu. 2/2/11, kisah Rabu semalam. Pagi rabunya ada operasi tikus fasa 2 katanya. Nasib baik dah bangun awal kalau tidak jadi mangsa operasi gamaknya dalam bilik sorang-sorang. Simpan semua barang dalam loker then mesej si E ajak ke Arkib. Ok, no respon confirm masih terlentang atas katil maybe. Jadi lone rider aku ke Arkib sana.

First time di Arkib sangat cuak. Kau ni Bob, dah semester last bulan Februari baru nak jejak. Mana tempat nak daftar dan cari bahan tak pasti mana letaknya. Ok jelajah sorang-sorang dengan muka blur. Ringan mulut tanya si pak cik sorang tu then jumpa la tempat cari bahan. First time datang bajet nak tengok dulu dengan tak bawa laptop. Tapi serius kak yang jaga kaunter arkib tu comel tau. Dalam sana tu search bahan jumpa dua saja. Sedih sangat tau tak. Nevermind lain kali cari lagi dengan keyword yang lain. Ok jadinya dapatlah seketul thesis lama. Ok la tengok satu-satu cari point nak plagiat. Ish, teruk kan. Dah bosan lama-lama dekat situ so saya berambus. Padahal time tu terkena serangan sakit perut.

Lunch semalam layan je nafsu serakah yang membuak-buak. I eat McD beef prosperity and Subway sandwich in 1 Hour.. Later, I nyesal. pfttt. Ngidam sangat-sangat tau tak benda alah tu.

Time dalam McD tengah beratur nak order nampaklah sorang akak/gadis/perempuan ni. Dressing dengan shawl belit sana sini. Style katanya. Tapi bila zoom dekat muka dia, perghhh tak mau pandang dah. Come on lah cik gadis sekalian janganlah make up tebal-tebal sangat. Tengok jauh, wah shanteknya. Bila dekat..erkkk mimpi ngerilah. Less is ok sayang. Natural beauty tu penting. Kerana dirimu begitu berharga.




Selamat Tahun Baru Cina amoi-amoi yang hot dan sexy meletup. Kutip ang pau banyak2 tau. Jangan makan limau banyak sangat nanti sakit perut asyik ke toilet je. Tahun ni tahun arnab kan. Wa punya lahir dalam tahun dragon lu jangan main-main tau nanti sekali ngap je lu dah ada dalam perut.



Cute tak? Nak beli sepasang. Then bagi seekor dekat awak :)


Jadi macam kebiasaannya malam Tahun Baru Cina meriah dengan bunga api dan mercun. Kaya sangat kan mereka ni bakar bunga api dan mercun bukan sekejap tapi lama beb. Rugi tak merantau malam ni cuci mata tengok bunga api. Cuci mata tengok bunga api? Lain macam je ayat aku ni.



Selamat bercuti dalam bercuti kawan-kawan tersayang. Nyesal pulak tak balik kampung. Aiyo, library Isnin nanti baru buka. <- Ayat hiporit. Tata.


.


.


.


.


.


.


.


.


.






p/s :
Bunny atas ni cute jugak kan. HAHAHA, dasar lelaki. Tapi saya baik. Tak tipu :)



No comments: