22.11.10

Melalut di petang Isnin.

Yo.



Tiba-tiba teringat pulak lagu yang Hanis karok jumaat lepas. Layan jom!

Sangat indah petang Isnin. Di siang hari dihiasi dengan bau cat menusuk lubang hidung, feel la sangat. Jadi budak-budak UM dah mula start exam hari ini untuk subjek-subjek macam APK, HE dan apa lagi entah. Alah subjek ringan menghitamkan kertas jawapan objektif saja. Semalam aku set alarm mahu bangun pukul 9 pagi paling lewat bajet kononnya nak study tapi sekali ambik kau terbangun tengah hari pukul 12, pfttt.

Hari ini dengan mood agak bangga sedikit sebab mahu hantar esaimen Prof Dollah. Fuhh, settle satu tinggal lagi satu. Rileks la kan time-time orang struggle study aku baru dapat hidayah nak siapkan esei sejarah. Carry mark 30% maa. Jadi kiraannya Isnin depan wajib hantar esei Dr Zul, terbaiklah memanfaatkan dateline betul-betul. Bak kata Amin, kau mampu?

Jadi teruja nak print ketuklah bilik Nuar dikir nak print tapi senyap, mesej hantar tak berbalas-balas. Pergi jugaklah aku ke fac sastera nak print tengok-tengok ada budak boleh duduk edit lama-lama pulak before nak print. Aku cool lagi tapi ingatkan cepat tapi dia buat lambat pulak dan datang pulak segerombolan member dia dengan slumber potong line. Damn, tak nampak ka aku terpacak dekat situ lama-lama. Dengan mood yang kecewa geram aku dengan tak sengaja laburkan jugak duit aku dekat McD. Habislah pantang aku nak jimat duit elak melahap benda alah tu. Kak, bagi McChicken Supreme medium satu! Lepas melahap sorang-sorang aku blah dan pergi print dekat fac pendidikan then submit.

Apa yang aku melalut lebih-lebih ni ha? Kau ada bosan baca entri ni, ruang komen kan ada. Ok dah settle aku semangat susun jadual takut clash. Padahal perlu ambil 3 subjek saja. Kisah apa kau rajin study. Bak kata Ein "Lagi pandai seseorang itu, lagi pandai mereka drag kita suruh jangan belajar". LIKE sangat-sangat la aku dengan ayat ini.


Sekian. Tengah tekun download gusti baru. Ada aku kisah dengan korean kau semua?

2 comments:

mint heartnet said...

amboiii kemaen bob orang lain sibuk study segala kau pulak nak buat esaiman bagai. nak hantar isnin lak tu. kau mampu?

Anonymous said...

kau susun jadual apa weh? mana mau check subject?