19.4.10

Tiga Belas [ F5 ]

Malam tadi dapat juga siapkan last esei. Perkiraan esok mahu ke perpustakaan sekejap mencari nota kaki bagi esei Pendidikan Sabah. Well, atleast letak juga bagi cukup syarat. Hope tak terbangun lewat setelah azan Zuhur dan matahari sudah berada di kemuncak.

Baru tadi aku wish "Selamat Hari Lahir" kepadanya for the 3rd time walaupun sudah berlalu sekian lama tarikh tersebut. Maybe agak pelik sedikit tapi kadangkala yang pelik dan janggal itu menarik. Lupakan norma kebiasaan kerana semua itu meloyakan dan membosankan kehidupan seharian.

Hello. Apa kamu rasa bila khabar ditanya tidak berbalas bukan sekali tapi berulang kali. Mesti kecil hati, kecewa dan timbul marah di hati kan? Tak mengapa, mungkin ada sebab di sebaliknya itu kan. Musim peperiksaan macam-macam berlaku. Kita dapat lihat orang jadi separuh gila kesan dari ulangkaji, kita dapat lihat rajin pula orang beriadah tak henti. Well, all the best!


Kamu mahu menghitung hari? Oh, saya mahu jugak : 13 hari dari sekarang. REFRESH it.

Kredit kepada Mohd Hafis Arrifin di atas penggunaan laptopnya.
Ok, mahu pulang ke bilik.

No comments: