28.4.10

Draft 143




Masa berjalan tanpa kita sedar.

Indah, duka, kita laluinya. Sebalik itu terselit detik dan kenangan yang akan tersimpan di minda. Kadang kita mahu buang, lupakan saja tapi tak terdaya. Sebab ia terlalu bernilai, indah, tak mungkin dilupa begitu saja. Kini genap setahun. Dan ia seperti baru sahaja berlaku.


Pelbagai rasa dan perasaan aku alami bila bersua. Suka, sedih, lemah. Sebab ciptaan-Nya tersebut sungguh indah bagi kaca mata insan hina ini. Mengenang masa lampau ingin di ubah segala yang ada. Pernah jadi gila, duka, murung, sebab inginkan sesuatu yang ku citakan, CINTA. Sebab benda itu tak pernah aku rasa, capai, jiwai. Seperti tidak lengkap prestasi dalam fasa duniawi yang di lalui.

Insan itu simple. Tak perlu hendak di dedah, terbuka mahkota untuk menunjukkan kecantikan. Sangat bersahaja dalam pergaulannya. Bila ketawa sungguh maksima melodinya. Apabila menatap bola matanya, ku rasakan sejuk di dada dan masa terhenti. Kadang jantung berdetik dengan laju dan kadang pula perlahan seperti aksi Matrikal. Ingin saja katakan seperti lihat Bidadari melalui matanya itu. Senyuman itu manis.

Tapi semua itu fantasi belaka kerana telah terlulis jawapan pada hari ke-2 bulan kelima tahun 2009. Lelaki juga menangis jika kamu hendak tahu. Maaf kalau entri ini berbau jiwang, tapi ia hak aku. Segala ketidakpuasan lepaskan saja di kotak komentar.



" Bukan perubahan yang mentukan kebahagiaan, tapi perubahan yang membawa kepada kebaikan tak salah.."

" Kebahagiaan melibahatkan dua pihak..bukannya sepihak sahaja.."



Bila dah suka dekat seseorang kita dah tak hirau yang lain dah!

No comments: