19.3.10

Pakapau!

Pengenalan. Tajuk di atas tak ada kena mengena langsung.

Jumaat. Harap semua berjalan lancar malam ini tanpa cacat cela, *Finger cross*. Harap tak hujan. Perlukah tarian NO-HUJAN untuk malam ni?, WTH la. Macam-macam benda jadi dalam projek ni. AJK dan MT tak beri komitmen, tarik diri la. Oh God, sendiri mau fikirlah. Salute la kepada junior-junior yang berdedikasi terhadap projek ni, terbaiklah mereka semua!

Selepas tamat hujung minggu ini boleh rileks sekejap. Rabu 3 petang menjadi petanda beban dateline tugasan paper si Senpai. Tak submit, free saja 0/30. Wah, kena rajin putar belitkan, Pop Culture Jepun Anime. Ya, mesti boleh punya, janji submit! Saya hebat, tapi cuma malas dan perlu di polish sikit.

Mendekati akhir semester, penulis rajin ponteng kelas pagi, dengan niat sengaja & tidak sengaja. Well, jangan kena BAR sudah, bukan baru setahun jagung di varsiti. Bila menjejaki tahun akhirnya semester depan makin terasa beban dengan TESIS, gerun & gementar terasa. Diri masih lagi blur dengan tajuk apa nak di buat lalu di cadang oleh penasihatnya Dr Jo tentang pemikiran politik Musa Hitam. Minda kena positif, jangan fikir beban sangat dan itu semua lumrah. Malyasia boleh~

Ikut rasa banyak benda nak tulis tapi malas. Menaip, delete, menaip, delete. Lupakan sahaja lah. Dan pada malam 4 April nanti mahu target berposing dengan mereka yang jadi idaman. Ya, kamu ok :) Before malam tu mahu tengok The Biru belasah Setan Merah .. HAHAHAHA!!!

FIN.


No comments: