21.8.09

I skip the FIRST tarawikh.

Cuti. Seminggu dah bercuti. Kesimpulan bagi aku, agak bosan. Banyak terlantar dekat rumah, TV, mengisi perut & tidur. Terukkan hidup aku. Tak semua yang kita rancang akan jadi. Kebatasan untuk merayau terbatas kerana EX5 aku di Bestari. Hanya LC Mohd Adli Akmal kadang-kadang sahaja boleh di tunggang. Budak tu memang keras kepala, seriously susah di bawa berunding. Kereta ada tapi aku seperti mempunyai sindrom takut memandu, aku sendiri tak tau. Teruk betul. Abaikan fobia aku ini.

Terfikir sejenak aku sedari sesuatu. Aku membosankan. Mungkin benar. Maaf, aku tak pandai hiburkan, buat lawak, ceriakan persekitaran. Sebab itu aku gagal menarik perhatian insan itu. Komunikasi aku lemah. Ya, aku pun tak suka. Kepada yang menjadi mangsa kebosanan, terima kasih kerana berlaku hipokrit melayan homosapiens ini. Manusia perlu berubah untuk suatu jangka masa. Aku sedang cuba ke level seterusnya. Bantu aku ok?

Esok Sabtu. Dah start puasa! Rajin-rajinlah bertarawikh di malam hari. Tahun depan tak tentu lagi bernafas ke tak. BTW, ahad lusa 23 Ogos. Assalamualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

ape da..x g terawih ea..ape nk jd nie..huhuhu

ユ ユ 江角 said...

xboleh bla bob ni..huhu