7.7.09

Lalang

Yang lama sudah berlalu. Memang tak boleh di ubah. Kena mulakan yang baru. Dulu bawah, kini atas. Perubahan yang perlu di sesuaikan. Memang ada beza, ya memang ada kontra. Tempuhi sahaja jangan merungut. Keputusan telah di buat. Rungutan sesalan sudah tak berguna.

Dulu jauh sekarang dekat. Lokasi sama lingkungan yang kecil, apa mahu buat? Jawapan telah pun jelas tapi penerimaan bukan senang. Ya, inilah mereka katakan kehidupan. Bukan senang nak capai kebahagiaan. Masing-masing tidak punya sama cerita, punyai plot dan akhiran yang berlainan. Pasrah saja, mungkin ada cahaya di sebalik kegelapan.

Ah, teruskan sahaja hidup ini. Biar jadi diri sendiri. Malas sudah jadi lalang. Bilakah revolusi akan menjadi, masih ternanti dari dahulu lagi.

No comments: