7.6.09

Cuti, Kenduri Kahwin.


Ok, sekarang musim cuti. Budak-budak sekolah sedang enjoy happy go lucky bersuka ria bercuti. Sungguh bermakna bagi mereka cuti 2 minggu ini. Bagi aku sekarang adalah cuti semester. 2 bulan, wow! Lama gila bilangan hari tersebut. Ada yang happy, ada yang bosan cuti lama-lama macam ni. Ada yang kerja sambilan untuk cari duit poket. Cuti semester ini aku adalah seorang jobless yang hanya menghabiskan beras sahaja di rumah. Before cuti memang semangat tekad sangat nak cari kerja katanya. Oh, memang tak guna kan. Bosan yang di alami jangan di tanya, sumpah tak tipulah bosan cuti lama-lama macam ini. Asyik melepak, merayau dan menghabiskan mata wang Ringgit Malaysia sahaja.

Cuti-cuti ini juga di suasanai dengan musim orang melangsungkan majlis perkahwinan dan sesuatu yang menjimatkan kos untuk makanan tengah hari seperti hari-hari kebiasaan lain. Kadang-kadang sampai ke malam juga akan makan nasi kenduri tersebut, kadang-kadang sampai ke 2 dan 3 hari. Well, inilah hidup kampung~

Oh ya, hujung minggu sabtu ini sepupu aku akan melangsungkan perkahwinan, “Selamat Pengantin Baru” di ucapkn, majlis di adakan di kampung dan tok wan aku itu sangat teruja kerana sepupu aku tersebut adalah cucunya yang pertama ke jinjang pelamin. Cuba bayangkan dan selamilah perasaan orang tua itu. Sungguh bertuahlah sepupuku si Jamil itu, muda-muda lagi dah kahwin. Aku pun dah lupa berapa usianya, ah lantaklah. Haha.

Dan seperti yang sudah di jangka telingaku ini sentiasa mendengar leteran dari emak supaya balik ke kampung dan tolong apa-apa yang patut untuk persiapan kenduri. Oh emak, anakmu ini sangat malas la. Sudah lama aku tak balik ke kampung sejak start cuti semester bulan lepas. Bising jugak la telinga ini di suruhnya pula ke kampung berjumpa tok wan kesayanganku walhal bukan jauh pon. Sekadar 10 minit masa merempit dengan motosikal sahaja. Maaf tok, cucumu ini bukan pandai mengambil hati, bukan tidak mahu balik tapi malas rasanya. Tapi jangan risau, tunggu sahajalah muka cucumu ini pulang ke sana dalam minggu ini. Jom menebas semak samun dan menambun tanah di belakang rumah! Adakah aku rela ataupun terpaksa? Entahla. Sekian catitan.





* Kak Ngah, KETEGAQ dan LOQLAQ bukan sama maksudnya ye.

* Rimas dengan budak2 dalam CC yang menyemak tapi tak bermain.

* Teruja melihat iklan ayam KFC terbaru dari kotak TV Panasonic.

No comments: